Timbalan Presiden MIC bidas Nur Jazlan tak sedar diri

August 19, 2022 · Politik

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan membidas Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan sebagai seorang yang tidak sedar diri.

Saravanan membalas semula kritikan Nur Jazlan kerana mempertikai kemampuan dan sumbangan parti komponen Barisan Nasional (BN) khususnya MCA dan MIC dengan berkata tingkah laku sepertinya menjadi punca UMNO-BN jatuh sebelum ini.

“Tidak perlulah (bangkitkan isu dan pertikai kemampuan parti komponen). Sejarah membuktikan orang macam inilah yang menjadi punca UMNO dan BN jatuh. Tak sedar diri.

“Kenapa Nur Jazlan tidak menang PRU lepas? Satu ketika dulu, semua pengundi Melayu di bawah UMNO, tetapi hari ini Melayu ada beberapa parti,” katanya dipetik laporan BH.

Saravanan terdahulu dijemput menjadi tetamu khas program Minda Profesor Negara dengan tajuk “Isu Pekerja Asing di Malaysia: Apakah Penyelesaiannya? anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) hari ini.

Saravanan menegaskan, UMNO perlu sedar dan berhenti mempertikai peranan parti komponen dalam BN sekiranya mahu gabungan itu terus kukuh untuk berdepan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Beliau berkata, kemenangan BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor sebagai contoh, menjadi bukti keupayaan dan kebangkitan UMNO bersama MCA dan MIC sebagai sebuah institusi politik yang sudah lama bertapak di negara ini.

“Justeru, jangan ada pihak yang cuba untuk memusnahkannya, apatah lagi mempertikai kemampuan rakan komponen dalam memberi sumbangan kepada BN,” katanya.

Tambahnya lagi, dalam PRU akan datang, akan ada lebih kurang 5,000 hingga 10,000 generasi muda di setiap Parlimen dan dengan gabungan peranan UMNO, MCA dan MIC secara bersama, sekiranya masing-masing mampu membawa 1,000 atau 2,000 undi sahaja sudah mencukupi untuk menentukan kemenangan BN.

Katanya, UMNO, MCA dan MIC adalah sebuah parti perjuangan yang bukan ditubuhkan semata-mata untuk kepentingan individu tertentu.

“Semua parti tinggalkan UMNO (selepas PRU-14) dan yang hidup bersama UMNO adalah MCA dan MIC. Kalau tak, BN tak wujud.

“Kerajaan pada hari ini di bawah pimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) cuba mempertahankan institusi ini, tetapi orang macam Jazlan ini cepat melatah,” katanya.

 

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
7 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok