Tiga ADUN Warisan keluar parti sokong Hajiji yang mendapat sokongan PM

February 6, 2023 · Politik

Kedudukan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor semakin kukuh selepas tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) WARISAN mengumumkan keluar meninggalkan parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Hajiji sebelum ini berdepan tentangan UMNO tetapi mendapat sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berjaya mengelakkan daripada penyingkiran.

Menurut laporan media, tiga ADUN Warisan tersebut ialah Mohammad Mohamarin (Banggi), Chong Chen Bin (Tanjong Kapor) dan Norazlina Arif (Kunak).

Menerusi satu kenyataan bersama, ketiga-tiga mereka menyatakan mengambil keputusan itu dengan harapan dapat meneruskan khidmat yang baik kepada rakyat di kawasan masing-masing.

“Setelah memperhalusi pelbagai aspek dari segenap sudut pertimbangan termasuklah selepas mengambil kira hala tuju gabungan parti dan pandangan akar umbi di kawasan yang kami wakili, maka kami dengan ini mengisytiharkan keluar Warisan.

“Dengan ini, kami memilih berkhidmat sebagai ADUN Bebas serta menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri Sabah di bawah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor selaku Ketua Menteri Sabah dengan harapan agar kami dapat meneruskan khidmat baik kepada masyarakat yang kami wakili,” kata kenyataan itu.

Ketiga-tiga ADUN terbabit juga mengucapkan jutaan terima kasih dan memohon kemaafan kepada Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, rakan serta penyokong parti berkenaan.

Serentak pengumuman itu juga, mereka bertiga melepaskan semua jawatan dalam parti sama ada di peringkat bahagian atau di peringkat Ahli Majlis Tertinggi.

“Kami berpandangan sudah tiba masanya polemik politik dan juga sebarang tindakan untuk mewujudkan ketidakstabilan kepada kerajaan dihentikan kerana ia memberi kesan kepada usaha membangunkan negeri dan rakyat.

“Kami akan bekerja bersama-sama Ketua Menteri dan kerajaan negeri untuk meneruskan momentum positif pembangunan negeri dan peningkatan hasil negeri melalui hala tuju Sabah Maju Jaya.

“Kami juga bertekad terus memberi tumpuan dan perkhidmatan lebih baik untuk rakyat di kawasan kami khasnya dan negeri Sabah serta Malaysia amnya,” katanya.

Sejak Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN-16) pada September 2020, Warisan kehilangan sembilan ADUN termasuk tiga yang mengumumkan keluar parti hari ini.

Enam yang lain adalah Hassan A Gani Pg Amir (Sebatik), Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin), Datuk Mohamaddin Ketapi (Segama), Datuk Peter Anthony (Melalap), Datuk Juil Nuatim (Limbahau) dan Rina Jainal (Kukusan).

Berita berkaitan
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
10 jam lalu· Politik
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
21 jam lalu· Politik
PMX pertahan cadangan cagar akaun KWSP, tiada risiko besar
March 21, 2023· Isu semasa
Adakah Top Glove diarah juga kongsi keuntungan bantu penoreh? soal Tuan Ibrahim kepada PMX
March 21, 2023· Isu semasa
Popular
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
March 23, 2023
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
March 22, 2023
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
March 22, 2023
Jangan pandang ringan ‘suara dari penjara’, kata KJ kepada UMNO
March 21, 2023
Lagi Politik terkini
Puak politik liberal lindungi LGBTQ, acara songsang terbuka di Malaysia
1 jam lalu · Politik
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
March 22, 2023 · Politik
Anwar beri cadangan dangkal cagar KWSP: Ketua Penerangan Bersatu
March 22, 2023 · Politik
Bila DAP nak ada Setiausaha Agung orang Melayu pula?
March 22, 2023 · Politik
‘Zaman Warisan sudah berlalu’
March 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
24 jam lalu
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok