Tiada unsur kempen dalam masjid, Fahmi beri penerangan isu The 1975: Polis

August 2, 2023 · Politik

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil tidak berkempen semasa berada dalam Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, kata Polis Selangor.

Ketua polis negeri, Datuk Hussein Omar Khan berkata, hasil penelitian rakaman video berdurasi 12 minit berhubung ucapan Fahmi di masjid berkenaan mendapati beliau memberi penerangan berhubung isu kumpulan The 1975.

“Dalam tempoh 12 minit ucapan daripada menteri adalah penerangan berhubung kumpulan muzik, The 1975.

“Kita telah memanggil seramai lapan saksi termasuk pengadu dan mereka yang hadir bersama ketika ucapan itu dibuat,” katanya menurut laporan BH.

Beliau terdahulu mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga mengenal pasti pemilik akaun yang menyebarkan video itu dan usaha mengesannya sedang giat dilakukan kerana membuatkan kenyataan tidak benar.

Katanya, tindakan akan diambil kepada orang yang menyebarkan berita berkenaan.

“Jika perkara yang benar tiada masalah tetapi yang memfitnah adalah sesuatu kesalahan di bawah jenayah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” katanya.

Kelmarin, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan menerima aduan dan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 berhubung insiden berkenaan.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad dilaporkan berkata, tindakan lanjut akan diambil selepas siasatan selesai.

Dalam pada itu, Hussein memberitahu, sebanyak 272 laporan polis diterima dengan tujuh kertas siasatan dibuka sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor yang bermula pada Sabtu lalu.

“Ini termasuk satu kejadian mencuri bendera kempen yang berlaku di Tanjung Sepat.

“Kebanyakan kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Kesalahan Pilihan Raya 1954,” katanya.

Berita berkaitan
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
6 jam lalu· Politik
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
22 jam lalu· Isu semasa
Polis ambil keterangan MP DAP tafsir al-Quran pada Selasa
September 25, 2023· Politik
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023· Isu semasa
Popular
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
September 26, 2023
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
3 jam lalu · Politik
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023 · Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023 · Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023 · Politik
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
41 minit lalu
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok