Tiada poster boy di Kedah, siapa jadi MB hanya selepas PRN: Zahid

May 21, 2023 · Politik

Soal berhubung poster boy di Kedah tidak dibincangkan setakat ini, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu berkata jentera Pakatan Harapan (PH)-UMNO perlu menumpukan kepada usaha untuk menawan Kedah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dan isu calon Menteri Besar (MB) hanya boleh diputuskan selepas itu.

“Buktikan (komitmen masing-masing). Lupakan soal poster boy, fikirkan untuk menang dahulu seperti di Kedah dapatkan 19 kerusi dahulu. Apabila sudah menang baru fikir soal poster boy, itu bukan hak kita untuk tentukan tetapi hak Sultan.

“Atas dasar itulah saya yakin dalam kalangan parti termasuk di Kedah kena ketepikan perbezaan, ketepikan perbalahan dan komited untuk menang,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Zahid terdahulu merasmikan Konvensyen Negeri 2023 anjuran Majlis Pimpinan Perpaduan Kedah hari ini.

Dalam pada itu, Zahid berkata sokongan ahli-ahli UMNO kepada DAP tidak perlu dipertikaikan kerana sebelum ini mereka juga pernah bersama MCA dan MIC.

“Dulu lawan tetap lawan, sekarang lawan jadi kawan. Cukuplah kita terus bernostalgia dan berada di titik perbezaan, sekarang kita mahu cari titik persamaan. Kenapa parti Islam berkawan dengan DAP, musuh UMNO (BN)? Itu cerita dahulu.

“Kalau dahulu orang UMNO boleh bersama MIC, MCA dan Gerakan, itu hakikat parti itu bukan sahaja mewakili kaum tertentu. Seperti juga DAP ada ahli daripada orang Melayu. Kita terima sahabat kita dengan semangat ‘kemalaysiaan’,” tambahnya.

Berhubung peruntukan untuk kempen, Zahid berkata jentera parti tidak perlu risau.

“Duit jangan risau. Tetapi segalanya bukan berkaitan duit. Dahulu masa pilihan raya umum, UMNO ada duit tetapi ke laut juga.

“Tetapi ini berkaitan semangat bersama iaitu bagaimana kita mahu menyantuni rakyat, pengundi walaupun bukan ahli parti kita. Itu faktor kejayaan. (PRN) ini adalah peluang terbaik kerana peluang ini tidak akan datang lagi,” katanya lagi.

Dalam konteks politik Kedah, katanya, negeri ini memerlukan pemimpin terutama MB yang berpengalaman dan pakar dalam selok-belok pentadbiran termasuk membangunkan negeri berkenaan.

“Soalnya kita jangan politikkan masalah rakyat tetapi selesaikan masalah rakyat. Lakukan komitmen bukan hanya pandai buat lawak jenaka dan jadi penglipur lara. Kita kena belajar daripada UMNO, BN malah PKR, DAP dan Amanah. Kongsilah ilmu dan ketepikan perbezaan itu,” katanya.

Berita berkaitan
Puad dakwa bekas pemimpin mahu lihat UMNO ranap dan Zahid lemah
10 minit lalu· Politik
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
41 minit lalu· Politik
Jamal kecewa lihat Noh berada atas pentas politik bersama PN
50 minit lalu· Politik
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
13 jam lalu· Politik
Popular
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
June 6, 2023
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
June 6, 2023
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
June 6, 2023
Lagi Politik terkini
Siapa pengkhianat rakyat sebenar di Pulau Pinang? MP Permatang Pauh balas Guan Eng
1 jam lalu · Politik
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
11 jam lalu · Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
12 jam lalu · Politik
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
15 jam lalu · Politik
Pihak sokong Proklamasi Melayu kerjasama masa pilihan raya
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok