
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika mengumumkan penarikan sokongan 15 Ahli Parlimen UMNO terhadap Kerajaan Perikatan Nasional dan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 3 Ogos 2021.
Semalam, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan spekulasi berhubung terdapat tujuh Ahli Parlimen (MP) UMNO-Barisan Nasional (BN) yang akan menarik sokongan terhadap kerajaan campuran.
Penjelasan Presiden UMNO berhubung khabar angin terdapat MP UMNO itu mungkin ada kebenarannya kerana beliau sudah menjadi Timbalan Perdana Menteri, ia berbeza dengan senario sebelum ini yang menyaksikan episod menarik sokongan yang diketuai dirinya sendiri.
Berbeza dengan keadaa sebelum ini semasa era kerajaa Perikatan Nasional (PN), beberapa MP UMNO-BN menarik sokongan terhadap kerajaan ketika itu yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ketua kumpulan dalang tersebut adalah Zahid sendiri.
Semasa menafikan perkara tersebut, Zahid adalah khabar angin kerana MP UMNO-BN terikat dengan aku janji yang telah ditandatangani sebelum ini.
“Apa yang paling penting, kita tunggu sampai akhir penggal dan jika mahu lakukan tindakan politik yang sebaliknya, kita harus melihat mandat. Selain itu, watikah sudah diberikan kepada mereka bagi mewakili parti dan bukan diri sendiri.
“Ini dah ditandatangani oleh mereka dalam aku janji dan dalam dokumen yang diikrarkan di hadapan saya,” katanya dipetik laporan Bernama.
Terdahulu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam yang mendakwa tujuh Ahli Parlimen dari Johor, Pahang, Sabah dan utara Semenanjung akan meletak jawatan.
Mengulas kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Pahang, Ahmad Zahid berkata perkara itu telah dibincang bersama Menteri Besar (MB) Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Presiden UMNO itu berkata calon yang akan mewakili BN bagi DUN berkenaan akan diperinci selepas senarai nama diperoleh.
“Saya telah adakan perbincangan dengan MB Pahang dan kita telah meneliti bukan hanya keputusan dalam PRU (pilihan raya umum) lalu tetapi kita merasakan bahawa pembangunan DUN Pelangai harus diberi kesinambungan dan diteruskan,” katanya.
Kerusi DUN Pelangai diisytihar kosong selepas penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun maut dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie di Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lepas.
Kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini memaklumkan Mesyuarat Khas berkaitan Pilihan Raya Kecil DUN N36 Pelangai akan diadakan Khamis ini.