Tegur DAP pun tak boleh dalam UMNO sekarang, pecat nanti: Isham

December 15, 2023 · Politik

UMNO sekarang sudah berubah dan menjadi pembela DAP apabila memecat ahli yang menegur parti tersebut, kata Isham Jalil.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dipecat itu mendakwa dirinya menjadi mangsa apabila dipecat parti hanya kerana teguran terhadap DAP baru-baru ini.

“Saya tengok dalam kepimpinan UMNO sekarang ni awak jangan sebut (kritik) DAP, awak sebut DAP, tegur DAP kena pecat macam saya ni,” katanya dipetik semasa temubual dengan TV Pertiwi.

Untuk rekod, Isham yang juga bekas pembantu Datuk Seri Najib Razak itu dipecat pada 6 Disember lalu.

Isham dipecat kerana tindakannya mengkritik parti secara keterlaluan termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tanpa melalui saluran parti.

Isham mendakwa UMNO memecatnya tanpa melalui Jawatankuasa Disiplin parti terlebih dulu.

Bagaimanapun, Zahid menjelaskan memadai dengan keputusan MT.

Isham semasa temubual itu juga mendakwa kepimpinan Zahid sedang merosakkan Umno.

“Hala tuju kita dah silap kita ada satu kapten kapal, nombor satu dia bakar kapal, lepas tu dia bawa kapal kita nak langgar iceberg.

“Kalau kita tak tegur tak boleh mati kita, anak beranak kita dalam kapal…dulu berpuluh tahun perjuangan UMNO perjuangkan orang Melayu, Islam.

“Saya tak setuju itu (dasar DAP Malaysian Malaysia) kerana ia ingin menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu. Sebab itu dia kata kesamarataan… kesamarataan itu apa? Kalau kesamarataan itu tiadalah hak istimewa orang Melayu,” katanya lagi.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Guan Eng batal peruntukan UTAR, tapi Perikatan Nasional beri balik
November 18, 2022
‘Bahaya jika DAP perintah negara’
November 18, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
6 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
23 jam lalu · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok