‘Tak perlu desak Zahid berundur tapi adakan pemilihan pada Jun’

April 15, 2021 · Politik

Tan Sri Annuar Musa tidak bersetuju dengan tindakan mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya berundur sebaliknya menggesa supaya pemilihan parti diadakan selari dengan Perlembagaan parti pada Jun nanti.

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu berkata peraturan parti perlu dipatuhi bagaimanapun sekiranya Zahid merasakan perlu untuk berundur itu terpulang kepada keputusannya tetapi yang lebih penting adalah UMNO perlu mengekalkan kestabilan sebagai sebuah parti yang kuat.

“Saya tak setuju. Saya fikir kita ikut peraturan apa yang ada dlm parti, kalau dah nak berundur itu adalah hak tuan punya badan.

“Cuma bagi saya, saya fikir ikut sahaja apa yang ada dalam peraturan parti. Sampai masa ada pemilihan dan semua orang bebas kalau ada yang hendak menawarkan diri, kalau boleh dalam UMNO ini saya fikir kurangkan ketidakstabilan,” kata semasa sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Bakul Makanan Ramadhan Parlimen Ketereh hari ini.

Bagi Annuar, mandat yang diberikan kepada pimpinan tertinggi parti akan berakhir pada Jun nanti dan selagi tempoh itu belum berakhir tidak perlu mendesak Presiden supaya berundur buat masa ini.

“Tujuan kita nak memfokuskan kepada perpaduan, saya fikir tak perlu kita mendesak apa-apa… Tempoh memegang jawatan yang hakiki tamat pada 30 Jun,” katanya lagi.

Jelasnya, tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum berakhir mandat dan pemilihan parti perlu dijalankan seperti biasa mengikut peraturan dalam Perlembagaan parti.

“Sekarang kita dah bulan April, dua bulan saja lagi. Jadi lebih baik dalam Ramadan ini dalam UMNO merapatkan saf dan bersabar dan proses demokrasi dalam parti mestilah berjalan seperti biasa,” katanya lagi.

Baru-baru ini, Agenda Daily melaporkan satu klip audio suara mirip Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Zahid sedang berbincang strategi politik selepas Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) baru-baru ini.

Perbualan kedua-dua pemimpin itu sangat mesra dengan mereka saling bertukar pandangan berhubung ucapan perwakilan ketika perhimpunan baru-baru ini.

Zahid dan Anwar kini sedang berdepan tekanan susulan penularan klip audio tersebut, mereka berdua juga pada awalnya mahu melaporkan kepada polis untuk menyiasat dalang penularan klip tersebut bagaimanapun pihak berkuasa berkata masih belum menerima sebarang laporan setakat ini.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023
UMNO Bangi tak pernah dijemput, tapi boleh pula Noraini ajak wakil DAP
May 17, 2021
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
13 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok