Tak boleh hanya PAS dan UMNO sahaja tanpa Bersatu: Abdul Hadi

October 1, 2022 · Politik

Tan Sri Abdul Hadi Awang sekali lagi menegaskan sebarang perselisihan atau pertelingkahan, termasuk melibatkan politik, hendaklah diselesaikan berpandukan kepada al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

Justeru, Presiden PAS itu mengingatkan mana-mana pihak yang menolak usaha penyatuan dan perpaduan ummah itu boleh dikira melampau terhadap usaha perdamaian dan akan dikeluarkan daripada pakatan perpaduan ummah.

Memetik ayat 39 surah al-Tawbah, beliau berkata kumpulan Islam yang memimpin tidak boleh terikat kepada satu-satu bangsa sahaja.

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu juga memetik sejarah Rasulullah SAW yang menentang kaum Musyrikin Makkah yang terdiri daripada kaum atau bangsa dan keluarga sendiri apabila mereka menghalang dakwah Islam serta usaha menegakkan sebuah negara, sebelum Baginda akhirnya membebaskan Makkah daripada penguasaan kumpulan jahiliah Arab dalam kalangan keluarga dan bangsanya.

“PAS wajib mengambil teladan daripada Sunnah Nabawiyyah dalam sirahnya dengan menjadikan agenda perpaduan umat Islam dan mesejnya kepada seluruh umat manusia bermasyarakat majmuk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata langkah itu bermula dengan perpaduan umat Islam yang memimpin dengan mengumpulkan semua kumpulan Islam daripada berbagai-bagai jemaah atau parti, yang kemudiannya, disertai kumpulan bukan Islam yang tidak ekstrem dalam konteks masyarakat majmuk.

Beliau menegaskan bahawa kumpulan Islam itu tidak hanya melibatkan PAS dan UMNO sahaja tanpa Bersatu dan lain-lain, dan demikian juga juga tidak hanya PAS dan Bersatu sahaja tanpa UMNO dan lain-lain.

“Kalau hanya PAS dan UMNO sahaja atau PAS dan Bersatu sahaja, maka tidak memenuhi ciri-ciri perpaduan umat, dan hanya bertujuan politik yang terbatas dan tidak sempurna.

“Jika tanpa golongan bukan Islam yang tidak ekstrem pula, maka tidak terlaksana mesej Islam yang adil kepada seluruh manusia.

“Oleh itu, sebarang perselisihan atau pertelingkahan hendaklah diselesaikan dengan berpandukan kepada al-Quran dan mengikut contoh yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.

“Justeru, mana-mana pihak yang menolak usaha penyatuan ini boleh dikira melampau terhadap usaha perdamaian dan akan dikeluarkan daripada pakatan perpaduan ummah,” katanya lagi.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Zahidi Zainul Abidin memberitahu media bahawa dalam mesyuarat MT malam tadi semua pemimpin tertinggi berpendapat bahawa kerjasama dengan PAS perlu diadakan demi kepentingan ummah.

Menurutnya semua ahli MT berharap hubungan itu dapat diteruskan menerusi rundingan yang dibuat oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Jadi, rundingan (UMNO-PAS) akan dibuat oleh Presiden parti dan jawatankuasa yang kita bentuk bagi melihat hasil perbincangan dengan parti berkenaan (PAS),” kata Zahidi.

27 September lalu, Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu sedang merangka pelan perdamaian yang berhemah dan bijaksana bagi merungkai perbalahan UMNO dan Bersatu.

Menurutnya PAS tidak mahu perbalahan kedua-dua parti itu dibiarkan berterusan kerana ia akan merugikan sokongan orang Islam dan Melayu di negara ini.

“Kita akan bertindak sebagai pendamai antara parti ini, Umno negeri-negeri pun umum nak lawan dalam pilihan raya nanti, boleh nak lawan menjadi asam garam politik.

“Cuma kita tidak mahu kata pepatah iaitu menang jadi abu dan kalah jadi arang, kita nak berlawan biar cerdik, bijak, kita berlawan untuk capai kemenangan,” katanya.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
11 jam lalu· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok