Tajuddin lepas kemarahan, Zahid pecat beliau dari jawatan Pengarah Pilihan Raya

July 14, 2021 · Politik

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilihat begitu marah terhadap perbuatan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memecatnya daripada jawatan Pengarah Pilihan Raya parti itu semalam.

Sambil menyindir Zahid, beliau memberitahu bahawa UMNO langsung tidak memberinya wang untuk menjalankan tugas ketika memegang jawatan Pengarah Pilihan Raya UMNO.

“Baguslah, tahniah kepada Datuk Seri Mohamad Hasan. Terima kasih kepada Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang telah melepaskan saya daripada tanggungjawab yang begitu berat.

“Yang saya pikul selama hari ini dengan tenaga, masa saya, duit saya, satu sen pun tidak ada daripada UMNO. Saya buat kerana parti,” katanya memetik laporan Utusan hari ini.

Malah Tajuddin juga mengingatkan Zahid bahawa hubungannya dengan rakan-rakan dalam UMNO di seluruh negara tidak akan putus hanya dengan tindakan memecat beliau.

“Presiden ambil keputusan begitu, saya tidak rugi. Kalau nak potong hubungan saya dengan rakan UMNO di seluruh negara, tidak akan putusnya.

“Hubungan saya akan menjadi lagi akrab. Saya tidak akan tinggalkan kawan-kawan saya di bahagian dan cawangan. Saya akan bantu mereka setakat yang saya mampu.

“Orang di bahagian dan Dewan Undangan Negeri banyak masalah dan kekurangan dari segi tenaga logistik perbelanjaan,” tegas Tajudin.

Semalam Zahid mengumumkan pemecatan Tajuddin sebagai pengarah pilihan raya parti tersebut. Ia dilakukan selepas beberapa hari Ahli Parlimen Pasir Salak itu mengeluarkan kritikan ketika Mesyuarat MT pada Rabu minggu lepas.

Terdahulu, Tajuddin dilaporkan mengutuk MT UMNO apabila menggunakan istilah ‘pirah’ ketika bercakap pada mesyuarat secara maya minggu lalu.

Ucapan beliau itu tersebar menerusi satu klip audio yang tular di media sosial dan turut dikongsi bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa dalam Twitternya semalam.

Tajuddin juga mengakui ketulenan klip audio tersebut.

Dalam klip audio itu Ahli Parlimen Pasir Salak berkenaan membantah langkah MT menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana katanya ia bukan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang lalu.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
‘Kedai online’ dedah barangan mewah dimiliki ahli politik
November 16, 2022
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
6 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok