Tajuddin kata Ahmad punca pengaruh UMNO merosot

June 9, 2023 · Politik

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendakwa pengaruh parti keramat itu merosot gara-gara Datuk Seri Ahmad Maslan ketika menjawat sebagai setiausaha agung sebelum ini.

Tajuddin yang digantung keahliannya selama enam tahun itu berkata, Ahmad Maslan yang kini menjawat sebagai ahli MKT UMNO gagal menasihati Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selain tidak mengendahkan pandangan akar umbi berhubung calon pilihan raya menjelang PRU-15 lalu.

“Dia tidak menjadi penasihat yang betul kepada presiden,” kata Tajuddin.

Tajuddin turut memaklumkan ramai dalam kalangan akar umbi menolak calon pilihan pimpinan parti.

“Mereka dah bagi tahu parti, tapi Ahmad tak nak dengar. Mereka nak calon tempatan tapi parti tetap hantar calon luar.

“Jadi berlaku pemberontakan dari akar umbi. Mereka pilih calon lawan sebagai protes. Siapa yang rugi?,” katanya yang membuat kejutan dengan muncul di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023, petang ini.

UMNO mencatatkan rekod terburuknya pada PRU-15 lalu apabila gagal mempertahankan kerusi-kerusi tradisi dan hanya menang 26 kerusi dari semua kerusi yang ditandingi.

Berita berkaitan
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
42 minit lalu· Politik
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
12 jam lalu· Politik
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023· Politik
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023· Politik
Popular
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
October 1, 2023
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023
Lagi Politik terkini
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
11 jam lalu · Politik
Buat kali pertama, DUN Terengganu bersidang tanpa pembangkang
20 jam lalu · Politik
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023 · Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
September 30, 2023 · Politik
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
10 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok