Syed Saddiq umum MUDA keluar kerajaan, bidas kerajaan hentikan kes Zahid

September 10, 2023 · Politik

Parti MUDA dipimpin Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan keputusan untuk keluar daripada blok kerajaan campuran Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Muar mengumumkan keputusan tersebut sebagai bantahan terhadap keputusan kerajaan campuran menghentikan pertuduhan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dibebaskan daripada 47 kes rasuah minggu lalu.

“MUDA berpegang teguh kepada prinsip Kedaulatan Undang-Undang dan beberapa keputusan yang dilakukan oleh kerajaan baru-baru ini bertentangan dengan prinsip dan nilai tersebut.

“Isu integriti dan budaya rasuah turut menjadi faktor mengapa MUDA mengambil keputusan untuk tidak lagi menyokong Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam kenyataan video.

Syed Saddiq berkata, keputusan Peguam Negara melepaskan tanpa membebaskan Zahid tanpa penjelasan meyakinkan, menimbulkan banyak tanda tanya kepada rakyat secara umum.

Susulan keputusan Peguam Negara itu, beliau berkata, MUDA percaya institusi perundangan negara ini telah dicemari dan Kerajaan Perpaduan seolah-olah telah menormalisasikan budaya rasuah.

“Janji-janji reformasi yang dijanjikan sebelum pilihan raya telah banyak diabaikan dengan memberi alasan kerajaan ini kerajaan baru,” katanya.

Syed Saddiq memberi jaminan, walaupun berada dalam blok pembangkang, beliau komited menyokong usaha kerajaan dalam agenda pembangunan negara progresif yang memerlukan undi dua pertiga dalam Dewan Rakyat seperti agenda reformasi institusi.

Menerusi video yang dikongsikan itu, Syed Saddiq mendakwa, pernah ditawarkan jawatan menteri ketika Langkah Sheraton berlaku.

“Saya ditawarkan jawatan menteri, pengerusi GLC (namun) saya tolak. Diugut. Saya lawan. Saya lawan kerana mahu membina Malaysia yang bermaruah dan berintegriti,” katanya.

“Siapa sangka hari ini, ada kerajaan yang diperbaharui yang menggugurkan pertuduhan rasuah demi kekal berkuasa,

“Saya tidak akan berhenti, tidak akan sekali-kali membenarkan Malaysia menormalisasikan rasuah. Saya seorang rakyat Malaysia yang berbangga dan ingin melihat negara bertuah ini menjadi negara maju,” tegasnya.

Minggu lalu, Syed Saddiq menegaskan pihaknya tidak akan teragak-agak menilai kedudukannya semula sebagai penyokong kerajaan campuran jika tiga tuntutan terhadap perkembangan kes membabitkan Zahid yang juga Presiden UMNO tidak diambil tindakan susulan oleh kerajaan.

Beliau berkata, MUDA menganggap keputusan mahkamah melepaskan tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri itu terhadap kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram adalah suatu perlanggaran terbesar terhadap garisan merah institusi kehakiman negara.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, mengingatkan Syed Saddiq bahawa kemenangan MUDA di Parlimen Muar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini, adalah dicapai hasil sokongan daripada pengundi Pakatan Harapan.

“Saya kena ingatkan Syed Saddiq, di Parlimen Muar, dia menang sebab mereka ada persefahaman dengan PH. Kita tak letak calon di sana. DAP sokong dan kempen kepada mereka. Bukan kemenangan peribadi Syed Saddiq di Muar.

“Jadi, jangan lupa kemenangan dia di Muar atas persefahaman politik dengan PH. Kita beri enam kerusi kepada MUDA, tanpa ada pertandingan. Dia menang ketika itu atas blok PH walaupun dia tak bertanding atas logo PH,” katanya ketika mengulas mengenai pendirian keras diambil Syed Saddiq dalam isu berkenaan.

Berita berkaitan
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
2 jam lalu· Isu semasa
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
5 jam lalu· Politik
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
5 jam lalu· Isu semasa
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023· Politik
Popular
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
September 26, 2023
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
2 jam lalu · Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023 · Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023 · Politik
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023 · Politik
Polis ambil keterangan MP DAP tafsir al-Quran pada Selasa
September 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
23 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok