‘Syaitan’ disisi DAP membisu

December 9, 2022 · Politik

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan Melayu Islam yang bersekongkol dengan DAP sebagai ‘syaitan bisu’ kerana membiarkan parti itu terus dengan ideologi dan pendekatannya yang terang-terang bersikap anti-Islam, terutama menentang hukum Islam.

Menurutnya kenyataan terbuka pemimpin DAP yang menentang hukum Islam dan Memberikan sokongan kepada golongan yang murtad sudah menjadi bukti yang sangat nyata.

“Kini, DAP yang dikatakan kononnya sudah berubah sedang disanjung, walaupun ideologi dan pendekatannya secara terang-terangan bersikap anti-Islam. Hal ini demikian kerana, mereka berdiam diri tanpa mengubah dasar partinya, bersama parti-parti yang bersekongkol dengannya.

“Mereka bertindak sedemikian semata-mata demi memperoleh kemenangan yang menghalalkan cara, tanpa peduli terhadap amaran Allah SWT kepada generasi awal yang menjadi teladan, sebagaimana firman-Nya: ayat 1 Surah al-Mumtahanah.

“Kenyataan mereka secara terbuka yang menentang hukum Islam dan memberikan sokongan kepada golongan yang murtad sudah menjadi bukti yang sangat nyata.

“Walaupun ramai yang berada di sisi mereka menjadi syaitan bisu, tetap tidak boleh menafikan sikapnya yang sebenar. Maka, PAS membuat satu keputusan yang betul berpandukan panduan nas dan kajian yang mendalam,” katanya dalam kenyataan hari ini (9 Disember 2022).

Abdul Hadi yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata usahawan Melayu Islam yang sedikit sahaja jumlahnya telah diserang dengan kenyataan terbuka mereka.

Bagaimanapun, parti itu tidak pula menyerang karte-kartel penyangak bukan Islam yang menjadi penyumbang rasuah yang terbesar, mungkin kerana jasanya yang jahat dan merosakkan dikenang.

“Begitu juga, kenyataan mereka yang bersimpati dengan perjuangan komunis dan Tamil Eelam yang ganas terhadap umat Islam mendedahkan apa yang tersirat dalam perjuangannya.

“DAP tidak perlu bercakap banyak kerana sudah ada Melayu berwajah Islam dapat dipasang di semua peringkat, atas nama menentang perkauman yang melulu terhadap bangsa dan agamanya sendiri,” katanya lagi.

Abdul Hadi mengingatkan bahawa penjajah menggunakan acuan mereka untuk melemahkan dan menguasai ekonomi Melayu Bumiputera di tanah air sendiri.

Kini, katanya Melayu Bumiputera cuba dilemahkan dari segi politik dengan cara yang tenang laksana tenangnya lubuk yang menjadi perangkap buaya yang menunggu mangsanya untuk ditangkap dan ditelan.

“Caranya sangat mengkhayalkan fikiran dengan pil kuda, apabila menampilkan pemimpin yang nyata fasiq berwajah Islam dan bergelumang dengan kesalahan akhlak dan rasuah, bersama kerakusan nafsu pangkat dan harta tanpa sempadan.

“DAP berjaya mengerahkan pengundi daripada kalangan bukan Islam seramai-ramainya yang mempunyai matlamat politik yang sama dari seluruh pelosok negara dan luar negara supaya menyokongnya, parti-parti Melayu yang bersekongkol dengannya dan juga calon DAP daripada kalangan Melayu yang telah diperalatkan.

“Perkara itu berlaku, dalam keadaan Melayu Islam masih tidak ramai keluar mengundi kerana masih menganggap hukumnya tidak wajib. Bahkan, ramai yang mengerjakan umrah sunat, walaupun kewajipan mereka adalah menangguhkannya kerana hukum umrah adalah wajib muwassa‘ yang dijahilkan oleh diri masing-masing.

“Mereka tidak membaca sejarah bahawa para sahabat RA keluar mengundi secara beramai-ramai untuk memilih Khalifah menjadi ketua negara. Sehinggakan, segelintir sahaja yang tinggal bagi menyelesaikan urusan pengebumian jenazah Rasulullah SAW yang mulia dan paling disayangi.

“Semua amaran Allah SWT tidak diendahkan, malah sempadan ketetapan Allah juga tidak dipedulikan. Maka, cerita Singapura dilanggar todak dan pemuda bijak yang menasihati supaya melawan serangan todak dengan batang pisang pula dibunuh kerana kebijaksanaannya, adalah satu iktibar yang benar. Hanya penipu dan penjahat yang menjadi pengampu sahaja dihormati, disanjung dan didampingi,” katanya.

Kenyataan penuh

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
14 jam lalu· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023
UMNO Bangi tak pernah dijemput, tapi boleh pula Noraini ajak wakil DAP
May 17, 2021
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok