SPRM beku akaun, bagaimana mahu bayar gaji pekerja dan sebagainya? soal Peja

February 2, 2023 · Politik

Tindakan kerajaan menggunakan agensi untuk menekan Bersatu sengaja dibuat untuk melemahkan parti tersebut, kata Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Timbalan Presiden Bersatu itu berkata tindakan membeku akaun oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu akan menyebabkan persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) juga terkesan, malah parti juga tidak boleh membayar gaji pekerjanya nanti.

“Kita telah memberi kerjasama yang baik dengan pihak SPRM.

“Kita berharap agar mereka segera dapat lakukan siasatan kerana apabila akaun parti ini dibekukan, kita ada masalah untuk operasi parti seperti membayar gaji pekerja dan sebagainya,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Ahmad Faizal atau dikenali dengan panggilan Peja itu berkata tindakan tersebut akan menyukarkan jentera parti untuk bergerak dan tindakan itu dilihat sengaja dibuat kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) apabila menggunakan jentera kerajaan untuk menekan musuh politiknya.

“Kalau tidak ada duit langsung, nak jalankan pilihan raya bukan mudah. Jadi, ia akan menekan usaha kita dalam kempen nanti.

“Tetapi kalau perlu kita berjalan, berjumpa dengan rakyat seorang demi seorang setakat mana yang kita mampu, kita akan teruskan,” katanya lagi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki pada Rabu mengesahkan beberapa akaun Bersatu dibekukan bagi membantu siasatan ke atas wang yang disyaki daripada hasil haram (illegal proceeds).

Katanya, akaun parti berkenaan dibekukan pihak berkuasa sejak dua minggu lalu bagi memudahkan siasatan yang dibuat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.

Berita berkaitan
Program dialog disekat UiTM, Syed Saddiq bidas kerajaan campuran
6 jam lalu· Uncategorized
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
14 jam lalu· Politik
Selepas dikritik, kerajaan buat pusingan U dalam isu pelepasan cukai SSPN
March 29, 2023· Isu semasa
UMNO akan hulur persahabatan dengan DAP bagi hadapi PRN Pulau Pinang: Zahid
March 26, 2023· Politik
Popular
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
March 30, 2023
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
March 31, 2023
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
March 30, 2023
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
March 30, 2023
Lagi Politik terkini
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
5 jam lalu · Politik
PH setuju tubuh kerajaan campuran UMNO-PH Melaka
16 jam lalu · Politik
Larangan terhadap MB Kedah: PH-BN bawa landskap politik lapuk
17 jam lalu · Politik
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
17 jam lalu · Politik
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok