SPR tak benar rentas negeri untuk berkempen di Sarawak

December 5, 2021 · Politik

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membenarkan aktiviti rentas negeri bagi tujuan berkempen sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12, kecuali lima pemimpin tertinggi parti politik yang bertanding.

SPR dalam laman sesawang rasminya memaklumkan kemasukan ke Sarawak adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang sedang berkuat kuasa dan dihadkan kepada aktiviti yang diluluskan dalam permohonan melalui portal enterSarawak, menurut laporan Bernama.

“Nama-nama pemimpin tertinggi parti hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak,” katanya dalam dokumen SOP pencegahan COVID-19 PRN Sarawak yang dikemas kini hari ini.

SPR menegaskan aktiviti berkempen yang dibenarkan adalah terhad di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing dan tidak dibenarkan merentas DUN yang lain.

“Pengecualian diberikan kepada parti-parti politik yang bertanding untuk mengemukakan 15 nama pemimpin kanan setiap parti yang bertanding bagi tujuan merentas DUN kepada JPBN Sarawak dan SPR.

“Hanya lima orang sahaja (maksimum) pemimpin parti kanan termasuk pegawai yang mengiring/pengawal/pemandu (tidak termasuk calon dan ejen pilihan raya) bagi setiap parti politik yang bertanding dibenarkan untuk merentas DUN bagi tujuan berkempen pada satu-satu lokasi dan masa. Semua yang terlibat hendaklah lengkap divaksinasi,” tambah SPR.

Sementara itu, SPR menyatakan kebenaran untuk merentas sempadan daerah atau negeri bagi tujuan mengundi adalah tertakluk kepada arahan tetap yang sedang berkuat kuasa.

Menurut SPR, pengundi di lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) perlu menjalani ujian Rapid Test Kit Antigen (RTK-Ag) dalam masa 24 jam sebelum tarikh mengundi.

“Hanya pengundi yang didapati negatif COVID-19 dan mendapat kebenaran daripada pihak PDRM dibenarkan untuk keluar mengundi. Pengundi hendaklah mengemukakan dokumen berkaitan seperti maklumat pemilih dari aplikasi MySPR Semak atau semakan dari portal SPR kepada pihak PDRM untuk mendapat kebenaran keluar mengundi,” kata SPR.

Bagi pengundi yang berstatus positif COVID-19, SPR tidak membenarkan mereka keluar dari tempat rawatan selaras dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk mengundi.

Manakala pengundi berstatus individu dalam siasatan (PUI) dan individu dalam pemantauan (PUS) yang ingin mengundi hendaklah memohon kebenaran daripada pegawai kesihatan daerah, pejabat kesihatan daerah yang mengawasi Arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian, tertakluk kepada penilaian risiko jangkitan.

“PUI dan PUS dikehendaki menggunakan pengangkutan sendiri untuk pergi ke pusat mengundi dan penggunaan pengangkutan awam adalah tidak dibenarkan,” tambahnya.

SPR menetapkan hari penamaan calon esok manakala pengundian awal pula pada 14 Dis dan hari pengundian pada 18 Dis.

Berita berkaitan
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
December 1, 2023· Isu semasa
744 kertas undi pos dikeluarkan SPR bagi PRK Kemaman
November 21, 2023· Politik
DUN Jepak kekal milik calon GPS
November 4, 2023· Politik
SPR tetapkan 2 Disember bagi PRK Kemaman, anggaran kos RM3.5 juta
October 17, 2023· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Kerajaan sementara Melaka, bekas EXCO berebut sebuah kereta
October 10, 2021
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
17 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok