Sinar Harian minta maaf kepada Peguam dan Muhyiddin berhubung artikel fitnah

October 20, 2023 · Politik

Permohonan maaf dikemukakan Sinar Harian berhubung satu artikel yang diterbitkan baru-baru ini kepada peguam, Rosli Dahlan dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY).

Dalam permohonan maaf tersebut, Sinar Harian mengakui artikel bertajuk “PN perlukan panglima perang baru” adalah terkhilaf dan memohon maaf kepada kedua-dua individu tersebut kerana mengaitkan dalam kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Berikut kenyataan penuh permohonan maaf Sinar Harian yang disiarkan hari ini:

Pada 10.10.2023, Sinar Harian telah menerbitkan satu rencana politik yang ditulis oleh Raiham Md Sanusi bertajuk “PN perlukan panglima perang baru” di mana Penganalisis Politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr Mazlan Ali (Prof Mazlan) telah memfitnah Peguam Rosli Dahlan dan TSMY (“Rencana Fitnah”).

Pada 14.10.2023, Sinar Harian telah menerbitkan pengakuan kesilapan oleh Prof Mazlan dan juga Kenyataan Peguam Rosli Dahlan tentang kepalsuan Rencana Fitnah tersebut.

Kami dengan ini memohon maaf kerana Rencana Fitnah tersebut telah secara salah, tidak adil dan serius mencemarkan watak, integriti, kredit dan reputasi Peguam Rosli Dahlan yang menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap beliau.

Kami mengakui bahawa Rencana Fitnah tersebut juga telah menjerumuskan Peguam Rosli Dahlan ke dalam skandal awam, penghinaan dan keburukan yang mendedahkannya kepada kebencian dan cemuhan serta merendahkan beliau di kalangan orang ramai. Kami mengakui bahawa Rencana Fitnah tersebut juga telah diterbitkan semula dan dikongsi, menyebabkan ia menjadi tular di pelbagai platform lain.

Kami insaf dan kesal atas kelakuan salah kami dan kerosakan yang diakibatkan kepada Peguam Rosli Dahlan. Maka kami dengan ini mengakui seperti berikut:

Kenyataan Prof Mazlan berkenaan Peguam Rosli Dahlan dan juga TSMY adalah palsu dan fitnah;

TSMY tidak menghadapi masalah integriti. Semua pertuduhan predikat terhadap beliau telah dibatalkan dan beliau telah dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 15.8.2023 kerana beliau telah dituduh dengan suatu kesalahan yang tidak diperuntukkan oleh undang-undang (charged for an offence unknown in law);

Peguam Rosli Dahlan tidak pernah ditangkap oleh SPRM atas sebarang kesalahan rasuah;

Tiada wang RM7bilion atau sebarang wang 1MDB yang hilang;

Semua wang pemulihan aset 1MDB telah dibayar terus kepada Kementerian Kewangan dan tidak satu sen pun dibayar kepada firma Peguam Rosli Dahlan iaitu RDS;

Oleh itu, adalah mustahil sebarang kecurian wang 1MDB boleh dilakukan oleh Peguam Rosli Dahlan atau firmanya;

Prof Mazlan mengakui bahawa kenyataannya itu telah dibuat secara melulu tanpa usul periksa;

Prof Mazlan mengakui telah melakukan kesalahan memfitnah terhadap Peguam Rosli Dahlan dan kesal kerana telah menggunakan kedudukannya sebagai Prof Madya di UTM untuk membuat kenyataan palsu dan fitnah sehingga dipercayai oleh orang awam;

Kami sedar dan insaf bahawa fitnah adalah kejahatan besar yang dikutuk Islam (Surah Al-Baqarah: 191/217);

Kami akui Rencana Fitnah tersebut telah merosakkan nama baik Peguam Rosli Dahlan sebagai seorang peguam Muslim yang aktif dalam kerja-kerja amal, kebajikan dan dakwah; dan

Kami akui bahawa Peguam Rosli Dahlan adalah seorang profesional yang berintegriti tinggi dan amat dihormati. Beliau adalah seorang yang budiman, jujur dan berakhlak mulia.

Maka, kami memohon maaf yang tidak terhingga di atas segala kesusahan dan kerosakan yang telah kami lakukan kepada Peguam Rosli Dahlan dan TSMY. Kami selanjutnya menyatakan bahawa kami amat kesal kerana telah mencemarkan nama baik Peguam Rosli Dahlan dan merosakkan reputasinya sebagai seorang peguam yang profesional dan beretika tinggi yang berusaha untuk mengekalkan tahap ketelusan, integriti dan nilai murni yang tinggi.

Kami juga amat kesal atas penghinaan yang telah kami lakukan kepada Peguam Rosli Dahlan dan TSMY, keluarga mereka dan firma guaman RDS dan dengan ini kami dengan sepenuh hati mencela Rencana Fitnah tersebut secara keseluruhannya.

Kami telah pun memadamkan Rencana Fitnah tersebut dengan serta merta dan kami berharap Peguam Rosli Dahlan dan TSMY memaafkan kami.

Kami yang memohon maaf,

Prof Madya Dr Mazlan Ali, Penganalisis Politik Universiti Teknologi Malaysia

Raiham Mohd Sanusi, Wartawan Sinar Harian

Sinar Karangkraf Sdn Bhd

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Bung kata ada ‘gunting dalam lipatan’ dalam UMNO
May 11, 2023
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Menteri Kesihatan perlu beri penjelasan calon BN Pengkalan Chepa guna sijil palsu?
November 9, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok