Sila keluar jika tak puas hati, kata Presiden Parti Bangsa Malaysia

December 29, 2022 · Politik

Selepas memecat 11 pemimpin utama Parti Bangsa Malaysia (PBM), Presidennya Datuk Larry Sng mencabar mana-mana ahli yang tidak berpuas hati terhadap kepemimpinannya, supaya keluar daripada parti itu.

Dalam kenyataan terbaharunya selepas mengambil tindakan drastik membersihkan parti itu, termasuk memecat bekas ‘presiden pengganti’ yang juga bekas Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin, Larry Sng juga memberi amaran supaya ahlinya tidak menyertai Muafakat Nasional (MN).

Untuk rekod, MN adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dipengerusikan bekas Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa bertujuan menyatupadukan masyarakat berbilang kaum, khususnya dalam kalangan ahli politik.

“Saya percaya ini adalah permulaan yang baru. Kita memerlukan pemimpin yang bersih dan berpengalaman yang ikhlas dalam membawa perubahan positif kepada landskap politik negara ini.

“Kami tidak akan membawa masuk pemimpin kontroversi dari parti lain untuk menyertai kepimpinan kami dan sebaliknya akan memupuk pemimpin baru dari dalam barisan kami.

“Mereka yang tidak berpuas hati untuk tinggal dialu-alukan untuk pergi,” kata Larry Sng yang juga Ahli Parlimen Julau.

Katanya ahli parti yang yang diketahui telah menyertai MN hendaklah digantung keahlian parti dan akhirnya dibatalkan.

Menurutnya lagi beliau akan menjelajah ke seluruh negara bermula Januari depan untuk bertemu dengan pemimpin PBM bagi membincangkan dan menerangkan hala tuju parti itu pada masa depan serta melantik Pengerusi negeri baharu jika perlu.

Beberapa kedudukan penting penting yang perlu dijelaskan, katanya termasuk PBM kini menyokong kerajaan PH-BN yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim:

“PH, BN, GRS, GPS, Warisan dan KDN adalah sekutu baharu kami dan kedudukan kerajaan adalah hala tuju parti kami.

“Kami adalah parti berasaskan kebangsaan, dengan akar yang kuat di Sarawak dan Sabah. Jadi tumpuan akan diberikan kepada membangunkan Malaysia Timur dan mengetengahkan isu dasar di semenanjung,” katanya.

Larry Sng berkata ketika ini PBM mempunyai satu kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu dua di Selangor serta satu di Sabah.

Pada 27 Disember lalu, Setiausaha Agung PBM Nor Hizwan Ahmad, adalah antara individu yang dipecat daripada PBM setelah mereka gagal menjawab surat tunjuk sebab yang diberikan Jawatankuasa Disiplin parti dalam tempoh tujuh hari.

PBM turut memecat Naib Presiden 1, Rahimah Majid; Naib Presiden, Dr Sathiskumar; Naib Presiden 3, Muhammad Saiful Bahari Sahari; Ketua Pemuda, Na’im Brundage dan Ketua Penerangan, Zakaria Abdul Hamid. Turut dipecat empat Ahli Majlis Tertinggi PBM, Abd Aziz Ab Kadir, Zakaria Abdul Rahim, Roger Tan Seng Huat dan Albakri Salim.

Bagaimanapun, PBM tidak memecat keahlian Timbalan Presiden 1, Haniza Mohamed Talha dan Ketua Wanita, Dr Daroyah Alwi, dipercayai kerana kedudukan mereka sebagai ADUN. Haniza adalah ADUN Lembah Jaya, manakala Dr Daroyah (ADUN Sementa).

Kedua-duanya bagaimanapun dipecat daripada jawatan Timbalan Presiden 1 dan Ketua Wanita.

Berita berkaitan
Tegur DAP pun tak boleh dalam UMNO sekarang, pecat nanti: Isham
December 15, 2023· Politik
Isham dipecat kerana sudah melampaui batas, kata Khaled
December 9, 2023· Politik
Zahid sahkan pembantu Najib dipecat daripada UMNO
December 9, 2023· Politik
Kuat kecam Zahid, UMNO akhirnya pecat Isham Jalil: Laporan
December 7, 2023· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
PAS kekal dalam PN, tiada keputusan terima syarat UMNO
October 8, 2022
Hapus hutang dan sukuk adalah lain, Muhyiddin beritahu kepada PMX yang tak faham
July 9, 2023
Ucapan 3R : PN akan lapor polis terhadap Guan Eng
July 9, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok