Kuat kecam Zahid, UMNO akhirnya pecat Isham Jalil: Laporan

December 7, 2023 · Politik

Kelantangan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Isham Jalil dalam menyerang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyebabkan dirinya menerima padah apabila didakwa dipecat parti itu semalam.

Isham yang juga bekas pembantu dan pengikut setia bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak itu kebelakangan ini sering mengkritik Zahid kerana tidak bersetuju dengan kerjasama dengan DAP dan ia menimbulkan ketegangan sesama mereka sendiri ketika ini.

Memetik sumber, portal BH melaporkan UMNO memecat Isham semasa mesyuarat malam tadi yang dipengerusikan Presiden, Zahid dan turut dihadiri timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden UMNO.

Mesyuarat malam tadi berlangsung selama kira-kira dua jam.

Terdahulu, Zahid semalam mencabar Isham supaya menghadiri mesyuarat MT bagi membincangkan isu berhubung kerjasama dengan DAP tetapi Isham sebaliknya tidak hadir ke mesyuarat tersebut.

Isham sebelum ini beberapa kali mengkritik pendirian diputuskan MT UMNO berkenaan kerjasama dengan DAP di bawah kerajaan campuran, yang dilihat bertentangan dengan pendirian parti sebelum ini, dalam usaha memperkukuh kerajaan ketika ini.

Sementara itu, Ahli MT, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii yang enggan mengesahkan tindakan dibuat MT UMNO itu sebaliknya mendakwa, Isham sendiri bertindak untuk seolah-olah mahu tindakan dikenakan terhadapnya.

“Bila dia sengaja mengundang untuk diambil tindakan, kalau mahu tindakan itu diambil untuk mempopularkan dia, itu satu tindakan yang tak bertanggungjawab,” katanya.

Beliau juga berkata, sebagai Ahli MT, Isham seharusnya sedar akan tanggungjawabnya kepada parti dan mengelak dari mengambil sebarang tindakan yang dilihat sudah membelakangkan partinya.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tradisi dan peraturan parti yang diamalkan sejak 1946 adalah meletakkan kedudukan parti lebih tinggi daripada individu.

“Semua keputusan dasar parti ditentukan secara syura dan kolektif bukan individu. Dasar dan Hala-tuju parti hanya boleh diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi dan Perhimpunan Agong UMNO bukan individu atau mana-mana kepimpinan tertinggi termasuk Presiden.

“Pandangan berbeza dirai dalam mesyuarat, namun mesti menjunjung tinggi prinsip ‘decorum’ adab ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’. Memelihara ‘sumpah atas nama Allah’ menyimpan kerahsiaan mesyuarat,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Popular
Pengundi muda ubah landskap politik negara?
November 10, 2022
Takut dengan PN sampai sekat video TikTok, sindir Ahli Parlimen Sik
December 11, 2022
Selesai kos sara hidup, bukan tak perlu tampal roadtax: Muhyiddin
February 11, 2023
Pemimpin utama UMNO berkumpul di villa milik Rauf sebelum ke penamaan calon
November 8, 2021
Lagi Politik terkini
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Dua bekas pembantu Najib antara disaman seorang penceramah bebas
December 27, 2023 · Politik
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023 · Politik
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023 · Politik
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok