Siapakah ‘Tok Dalang’ tersohor itu?

April 5, 2021 · Politik

Siapakah individu yang dibayangkan oleh bekas Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa sebagai ‘Tok Dalang’ wayang kulit yang pandai menyampaikan pelbagai versi cerita untuk tontonan umum.

Menceritakan perihal wayang kulit, Ahli Parlimen Ketereh itu secara tidak langsung menyatakan ‘Tok Dalang’ yang sedang mempersembahkan wayang kulit itu sekarang adalah seorang yang tersohor.

Katanya, antara yang paling istimewa pada diri Tok Dalang wayang kulit ialah kebolehannya yang bukan sahaja bercerita, tetapi juga bercakap dengan suara yang berbeza-beza.

Umum mengetahui keadaan tegang di dalam UMNO sekarang yang dipimpin Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, telah berlaku sejak sebelum Perhimpunan Agung UMNO (PAU) minggu lalu.

Malah, UMNO sekarang ini dilihat sudah berpecah kepada dua kumpulan iaitu pengikut Zahid dan Datuk Seri Najib Razak, serta kumpulan menteri-menteri UMNO yang berkhidmat di bawah Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sindir-menyindir dan serang-menyerang di dalam media sosial memanaskan lagi situasi perbalahan dan perpecahan di dalam parti itu, susulan tindakan pihak atasan UMNO yang mempengaruhi ahli untuk bersetuju memutuskan kerjasama dengan Bersatu dan PN menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Annuar adalah salah seorang yang lantang bersuara menyanggah beberapa keputusan yang dibuat UMNO, termasuk untuk bertanding sendirian pada PRU15 akan datang.

Annuar yang juga bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu menceritakan lebih lanjut bahawa Tok Dalang wayang kulit hanya seorang, tetapi wayangnya banyak.

“Bukan sahaja ia pandai membawa jalan ceritanya, tetapi kepakarannya bercakap dengan suara berbeza-beza. Dalangnya satu. Tapi wayangnya banyak. Suasana dihidupkan dengan rentak paluan gendang yang berbeza-beza.

“Ada rentak Raja Berangkat, rentak bertabuh, rentak hulubalang dan lain-lain. Paluan memberi semangat kepada Tok Dalang… penonton pulak cukup beremosi, percaya pada jalan cerita,” katanya malam tadi.

Annuar mengakhiri ceritanya dengan mempersoalkan:

“Apakah kita sedang mengikuti skrip seorang Tok Dalang tersohor yang sudah lama bermain wayang? Apakah yang kita dipertontonkan adalah suara suara palsu..?.”

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
UMNO Bangi tak pernah dijemput, tapi boleh pula Noraini ajak wakil DAP
May 17, 2021
‘Kedai online’ dedah barangan mewah dimiliki ahli politik
November 16, 2022
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
13 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok