Shafie Apdal nafi jadi kroni Tun M

January 16, 2022 · Politik

Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan beliau adalah kroni bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, malah memberitahu pernah berselisih pendapat dengan Ahli Parlimen Langkawi itu.

Ahli Parlimen Semporna itu juga berkata ketika di dalam UMNO sebelum ini beliau menyokong kepimpinan parti termasuk atuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Abdullah Ahmad Badawi mahupun Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun sokongan itu tidak bermakna beliau menjadi kroni kepada mana-mana pihak, katanya memetik laporan Utusan hari ini.

“Saya pernah berada dalam UMNO bersama-sama pemimpin parti tapi, tidak bermakna kita perlu patuh kepada segala tindakan mereka.

“Ini yang menyebabkan saya keluar daripada UMNO pada 2016 dan menubuhkan Warisan dan kemudian bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada 2018,” katanya sambil menjelaskan beliau kecewa apabila dikaitkan sebagai kroni Dr. Mahathir.

Menurutnya, beliau pernah berselisih pendapat dengan bekas Perdana Menteri itu ketika Dr Mahathir membawa masuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ke Sabah pada 2019.

Bagaimanapun, bantahan dibuat oleh Warisan tidak diendahkan dan Bersatu berjaya melebarkan sayap ke Sabah. Situasi itu membawa kepada pertelingkahan yang besar.

“Jadi, macam mana orang boleh mengatakan saya kroni (Dr Mahathir) sedangkan saya menentang kemasukan Bersatu ke Sabah sebelum ini,” katanya.

Shafie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu Senallang mahu parti pembangkang mengambil pengajaran situasi yang berlaku di Johor hingga menyebabkan 1,000 ahli DAP keluar parti dan menyertai Bersatu.

Katanya, parti pembangkang harus membenarkan ahli-ahli mereka menyertai parti lain dalam blok pembangkang bagi mengelakkan ahli-ahli parti menyertai parti kerajaan.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
UMNO Bangi tak pernah dijemput, tapi boleh pula Noraini ajak wakil DAP
May 17, 2021
‘Kedai online’ dedah barangan mewah dimiliki ahli politik
November 16, 2022
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
13 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok