Selepas UMNO kalah PRN, Shahril kata terbukti budaya mengampu masih kuat

August 15, 2023 · Politik

Keputusan teruk UMNO semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu lalu ada bukti budaya mengampu masih menebal dalam parti itu, kata Shahril Hamdan.

Bekas Ketua Penerangan UMNO itu memberi senario kegagalan UMNO di Terengganu semasa PRN lalu adalah disebabkan kepimpinannya masih mengamalkan ‘budaya’ lama.

“Keutamaan dalam UMNO masih lagi dengan budaya mengampu, yang tidak mahu cakap benda yang benar.

“Letak siapa pun dalam keadaan gelombang macam ini memang tidak akan menang, ” katanya dalam program Keluar Sekejap.

Pada PRN Sabtu lalu, UMNO Terengganu mencatatkan prestasi terburuk apabila kecundang semua 32 DUN ditandinginya di negeri itu.

Shahril berkata, kegagalan itu berlaku walaupun meletakkan calon berpengalaman seperti Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, yang juga bekas menteri besar.

“Sebelum ini mereka bincang kerusi mana yang nak diagih sebelum PRN, kepimpinan UMNO Terengganu yakin menang,” katanya.

Sementara itu, awal hari ini, media melaporkan BN Terengganu menerima dan menghormati keputusan PRN yang tidak memihak kepada mereka.

Ahmad Said yang gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, berkata kalah atau menang sudah jadi adat bertanding, namun UMNO berbesar hati untuk terus menabur bakti kepada rakyat Terengganu.

Ahmad Said kecundang di DUN Kijal di tangan Pengerusi Bersatu Terengganu, Senator Datuk Razali Idris, yang menang dengan majoriti 3,758 undi.

Berita berkaitan
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
3 jam lalu· Politik
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
15 jam lalu· Politik
Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu
October 2, 2023· Isu semasa
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
October 2, 2023· Politik
Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
October 2, 2023
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
October 2, 2023
Kes Muhyiddin digugurkan, pendakwa gagal nyatakan butiran kesalahan dilakukan
August 15, 2023
Lagi Politik terkini
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
15 jam lalu · Politik
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
22 jam lalu · Politik
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023 · Politik
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
October 1, 2023 · Politik
Buat kali pertama, DUN Terengganu bersidang tanpa pembangkang
October 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok