Selepas PH, UMNO juga tolak tubuh Mageran dicadang Dr M

June 11, 2021 · Politik

UMNO juga senada dengan blok pembangkang, Pakatan Harapan menolak cadangan penubuhan Majlis Gerakan Negara (Mageran) yang dicadangkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pendirian tersebut disuarakan semasa menghadap Agong di Istana Negara pagi ini dengan menyifatkan tiada keperluan untuk menubuhkan Mageran ketika ini dan pengisytiharan darurat sehingga Ogos sudah memadai.

“Kita tidak bincangkan soal (Mageran) itu. Saya rasa perkara itu adalah sesuatu keadaan norma di luar daripada apa yang sedia ada.

“Ini kerana pelaksanaan darurat kita mendapati ia mencukupi dalam soal-soal ini (krisis), namun ia digunakan untuk mencapai tujuan lain,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Pagi tadi giliran wakil UMNO menghadap Agong di Istana Negara.

Selain beliau, pemimpin lain yang dijangka menghadap Tuanku adalah Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran dan Presiden Parti Bersatu Sabah, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili.

Terdahulu, Dr Mahathir membawa usul penubuhan satu pasukan khas seperti yang pernah diguna pakai pada 1969 iaitu Mageran bagi menangani krisis yang melanda negara ketika menghadap Agong.

Dalam pada itu, Zahid berkata, antara perbincangan lain dalam pertemuan itu adalah pendirian UMNO terhadap pelaksanaan darurat yang tidak perlu disambung selepas ini.

“UMNO bawa suara rakyat yang gelisah sehingga jejaskan mata pencaharian ekonomi mereka. UMNO berpendirian Parlimen wajar bersidang untuk mempertahankan sistem demokrasi serta mewujudkan elemen semak dan imbang dalam segala aspek yang berkaitan pentadbiran negara.

“Parlimen penting untuk suarakan hak rakyat seperti tuntutan moratorium dan pelbagai bantuan lain melibatkan semua golongan,” jelasnya.

Terdahulu, PH dalam satu kenyataan awal hari ini menolak cadangan penubuhan Mageran yang dicadang Dr Mahathir sebaliknya mendesak supaya sidang Parlimen dibuka bagi membincangkan isu-isu berhubung langkah menangani Covid-19 dan membantu rakyat yang terjejas pendapatan akibat penularan pandemik yang dihadapi negara ketika ini.

Berita berkaitan
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
2 jam lalu· Isu semasa
Seorang pemimpin Melayu DAP kata tak salah Howard Lee petik ayat al-Quran
September 25, 2023· Politik
Wartawan dan kumpulan media bidas SKMM beri tekanan terhadap portal berita
September 25, 2023· Isu semasa
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
September 23, 2023· Politik
Popular
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
September 26, 2023
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
3 jam lalu · Politik
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
5 jam lalu · Politik
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023 · Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023 · Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
September 25, 2023
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok