Selepas kalah teruk PRN, MUDA buat keputusan tak tanding dua PRK

August 21, 2023 · Politik

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengambil ketetapan tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Johor pada 9 Sept ini.

MUDA mengalami kekalahan teruk semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos lalu dengan semua calonnya tewas.

Biro Politik MUDA, dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan keputusan itu dibuat atas dasar penghormatan kepada penyandang kedua-dua kerusi itu, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang disifatkan sebagai individu yang banyak berjasa kepada rakan dan negara, lapor Bernama.

“MUDA mengucapkan selamat maju jaya kepada yang bertanding khususnya dari parti Amanah. Semoga legasi Allahyarham dapat diteruskan,” menurut kenyataan itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan tarikh penamaan calon kedua-dua PRK pada 26 Ogos, pengundian awal pada 5 Sept dan hari pengundian pada 9 Sept.

Kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, kosong susulan kematian Salahuddin pada 23 Julai lalu.

Berita berkaitan
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023· Politik
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
September 23, 2023· Politik
Sokongan orang Melayu kepada kerajaan PH-UMNO berkurangan: Ramasamy
September 22, 2023· Politik
Polis ambil keterangan Muhyiddin sekali lagi berhubung kempen PRK
September 21, 2023· Politik
Popular
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
September 26, 2023
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
2 jam lalu · Politik
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
5 jam lalu · Politik
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023 · Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023 · Politik
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
24 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok