Selepas bubar Parlimen, PM kata SPR boleh tangguh PRU jika banjir

November 6, 2022 · Politik

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh menangguhkan Pilihan Raya Umum-15 (PRU-15) jika banjir besar berlaku sepanjang tempoh berkempen, kata Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sambil menjelaskan perbincangan lanjut akan dibuat sekiranya keadaan mendesak.

“Kerajaan sudah bersedia, namun jika banjir besar berlaku sehingga tidak boleh keluar mengundi, saya akan berbincang dengan SPR sekiranya ada alternatif lain untuk mengatasi masalah ini.

“”Kita bersedia tetapi kalau berlaku banjir yang besar, sehinggakan tak membolehkan orang nak keluar (mengundi) sebagainya, maka saya akan berbincang dengan pihak SPR kalau ada alternatif lain.

“SPR pun boleh beri pandangan, kalau SPR nak menghentikan pilihan raya itu terserah kepada SPR, kerana pilihan raya adalah keputusan SPR,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Kenduri Rakyat di Kemayan, di Bera, hari ini, (6 November 2022), menurut Awani.

Pada 10 Oktober lalu, Ismail Sabri – setelah mendapat desakan daripada partinya, khususnya Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – membubarkan Parlimen ke-14 berkuat kuasa serta-merta, walaupun ramai menteri Kabinet dan pemimpin politik menolak diadakan pilihan raya ketika musim tengkujuh.

Desakan itu semakin panas setelah pemimpin idola mereka, Datuk Seri Najib Razak yang juga bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden UMNO gagal dalam rayuan akhir skandal SRC International dan kini menjalani hukuman penjara 12 tahun.

Untuk rekod, pada 6 Oktober lalu empat hari sebelum Ismail Sabri membubarkan Parlimen, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran berkaitan Monsun Timur Laut yang lazimnya akan bermula pada November dan berakhir pada Mac.

Menurut MetMalaysia, ketika tempoh ini, negara akan menerima tiupan angin yang konsisten dari arah timur laut di antara 10 hingga 20 kilometer sejam dengan beberapa siri hujan lebat yang menyeluruh juga dijangka berlaku, terutama di negeri Pantai Timur Semenanjung dan barat Sarawak.

Terbaharu, pada Khamis lalu, MetMalaysia sekali lagi memberi amaran bahawa Monsun Timur Laut akan melanda negara lebih awal daripada jangkaan iaitu bermula esok, 7 November dan berterusan sehingga kira-kira Mac tahun depan.

Kira-kira empat hingga enam episod hujan monsun, yang akan membawa hujan lebat berterusan, dijangka berlaku sepanjang tempoh ini.

“Seperti musim tengkujuh sebelum ini, hujan lebat berterusan walaupun beberapa hari telah diketahui menyebabkan bencana banjir di kawasan rendah dan kawasan berhampiran sungai. Sekiranya hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan fenomena air pasang besar, maka risiko banjir pasti akan meningkat,” kata MetMalaysia memberi amaran.

MetMalaysia juga meramalkan penomena air pasang besar dijangka berlaku dalam tempoh 6 hingga 11 November; 22 hingga 27 November; 7 hingga 12 Disember; 22 hingga 26 Disember; serta 6 hingga 10 Januari 2023 dan 21 hingga 25 Januari 2023.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Khairul Shahril Idrus dilaporkan berkata pihaknya sudah bersedia menghadapi bencana banjir berikutan monsun timur laut yang dijangka bermula pertengahan bulan ini.

Berita berkaitan
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
12 jam lalu· Politik
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023· Isu semasa
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023· Isu semasa
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
September 26, 2023· Politik
Popular
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
September 30, 2023
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023
Lagi Politik terkini
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
11 jam lalu · Politik
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
19 jam lalu · Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
19 jam lalu · Politik
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023 · Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
22 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok