Majoriti menteri tolak PRU-15 tahun ini, bantu rakyat hadapi bencana

September 22, 2022 · Politik

Majoriti menteri Kabinet dikatakan menolak mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada musim tengkujuh dan banjir, namun memahami bahawa penetapan tarikh pilihan raya adalah hak prerogatif Perdana Menteri.

Memetik laporan media hari ini, mesyuarat Kabinet semalam (Rabu, 21 September 2022) membincangkan tarikh PRU-15, namun membayangkan ianya tidak akan diadakan tahun ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Seri Mahdzir Khalid dilaporkan berkata, mesyuarat itu banyak memberi tumpuan kepada persediaan menghadapi banjir dan turut membincangkan tarikh PRU-15.

Namun katanya, biarlah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkannya kerana beliau berhak menentukan tarikh yang sesuai.

“Bagaimanapun kita memahami berkaitan bencana banjir dan Perdana Menteri juga mengambil kira atas nasihat dari Jabatan Meteorologi Malaysia.

“Di media sosial masalah banjir ini sudah jadi bermacam- macam cerita, ada yang mengatakan Oktober, November dan Disember elok rasanya sumber yang tepat itu dikeluarkan pihak yang bertanggungjawab,” kata Naib Presiden UMNO itu.

Untuk rekod, berdasarkan ramalan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, Monsun Timur Laut lazimnya akan bermula pada November dan berakhir pada Mac.

Ketika tempoh ini, negara akan menerima tiupan angin yang konsisten dari arah timur laut di antara 10 hingga 20 kilometer sejam dengan beberapa siri hujan lebat yang menyeluruh juga dijangka berlaku, terutama di negeri Pantai Timur Semenanjung dan barat Sarawak.

Semalam, Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor turut mengenal pasti 307 kawasan di negeri itu berisiko dinaiki air pada musim tengkujuh ketika Monsun Timur Laut yang akan datang.

Daripada sembilan daerah, Klang mendahului senarai dengan 65 kawasan, diikuti Hulu Langat (48); Petaling (43); Sepang (40); Kuala Selangor (38); Kuala Langat (29); Gombak (24); Hulu Selangor (11); dan Sabak Bernam (sembilan).

UMNO sebelum ini terus memberi tekanan supaya Perdana Menteri mengadakan PRU-15 segera semakin meningkat, malah presiden parti itu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut mendakwa gabungan berkenaan sanggup meredah air jika PRU diadakan pada musim banjir.

Desakan UMNO itu dibuat susulan pelbagai isu dan skandal baharu muncul semula yang menunjukkan kepincangan pemimpin parti itu ketika memerintah negara sebelum kalah pada PRU-14 lalu.

Ianya semakin panas setelah pemimpin idola mereka, Datuk Seri Najib Razak yang juga bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden UMNO gagal dalam rayuan akhir skandal SRC International dan kini menjalani hukuman penjara 12 tahun.

Media juga melaporkan dalam mesyuarat semalam, semua menteri Kabinet daripada parti gabungan Perikatan Nasional (PN) tidak bersetuju PRU-15 diadakan ketika musim tengkujuh dan bajir.

Beberapa menteri daripada UMNO juga dikatakan menolak PRU-15 diadakan dalam masa terdekat.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Popular
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok