Saya sudah pergi ke pejabat Musk lebih awal, sindir Azmin

July 16, 2023 · Politik

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyindir Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berbangga dengan pertemuan secara maya bersama usahawan teknologi kereta elektrik baru-baru ini.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu pada tahun lalu berkunjung lebih awal ke pejabat Elon Musk bagi membawa masuk pelaburan perkhidmatan Starlink di Malaysia, tetapi ia tidak dilakukan secara maya seperti dibuat Perdana Menteri (PMX).

“Aku dah pergi ibu pejabat Elon Musk, berunding dengan SpaceX dan bincang bawa pelaburan.

“Aku lebih awal daripada kamu, sebab itu saya hantar semula ‘posting’ tahun lepas,” katanya dalam satu ceramah di Gombak, Selangor malam tadi.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor itu berkata, lawatan ke pejabat Musk di Amerika Syarikat dilakukan tahun lepas.

Azmin merujuk kepada berita mengenai lawatannya yang dikongsi semula olehnya di laman media sosial beliau.

Pada tahun Mei 2022, delegasi misi dagangan Malaysia diketuai bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob bertemu dengan pemain industri di Amerika Syarikat yang mana Azmin melawat fasiliti SpaceX di Los Angeles bagi membincangkan perkhidmatan Starlink di Malaysia.

Starlink merupakan syarikat satelit yang dioperasikan SpaceX yang memberikan perkhidmatan rangkaian internet.

Anwar pada Jumaat bertemu dengan Musk yang memiliki syarikat pembuat kereta elektrik, Tesla dalam satu sidang secara maya selama 25 minit.

Azmin turut menyindir sidang itu apabila Musk membuat beberapa ciapan di Twitter semasa pertemuan itu.

Sebelum itu, Anwar menggambarkan pertemuan bersama Musk diadakan secara fizikal.

Anwar juga tidak membuang masa menjadikan pertemuan itu sebagai satu hujah politik untuk menguatkan kredibiliti beliau.

“Orang cuba nak cakap dengan dia (Musk), nak pujuk dia datang ke negara begitu sukar. Saya Alhamdulillah.

“Dia setuju untuk melabur lagi ke Malaysia, anggap Malaysia sebagai negara penting dan Insya Allah dalam masa terdekat, dia akan datang ke Malaysia,” kata Anwar dalam satu majlis.

Azmin yang turut mengecam tindakan Anwar yang didakwa berbohong mengenai pelaburan Amazon Web Services (AWS).

“Semua orang telefon dia, dia cerita. Dia kata AWS nak melabur di Malaysia hanya setelah kerajaan Madani terbentuk.

“Mana Amazon tahu Madani ini apa?”

AWS membawa melabur sebanyak RM25 bilion untuk membina pusat data di negeri Selangor.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Bung kata ada ‘gunting dalam lipatan’ dalam UMNO
May 11, 2023
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
30 MP UMNO, BN setuju sokong Anwar bentuk kerajaan bersama DAP
November 24, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok