Saya masih ‘poster boy’ BN kata Ismail Sabri

November 6, 2022 · Politik

Perdana Menteri sementara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi mengingatkan bahawa beliau masih calon perdana menteri dan ‘poster boy’ BN jika gabungan itu kembali menguasai Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Berkata pada sidang media selepas pencalonan di Parlimen Bera semalam, beliau menegaskan tiada sebarang perubahan terhadap keputusan yang sudah dibuat partinya itu, April lalu.

“Saya masih lagi ‘poster boy’ dan calon Perdana Menteri BN selepas PRU-15. Setakat ini tidak ada keputusan daripada MT UMNO yang mengatakan sebaliknya (tukar calon Perdana Menteri) dan baru-baru ini lebih 156 daripada 190 Bahagian UMNO membuat usul mencadangkan saya sebagai calon perdana menteri.

“Perkara (keputusan sebagai calon perdana menteri) itu tidak ‘reversed’ dan tak ada mesyuarat (dalam parti) yang memutuskan sebaliknya (tukar calon perdana menteri), maka apa yang diputuskan sebelum ini kekal,” katanya.

Ketika ditanya soal spekulasi wujud pakatan antara Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan selepas PRU-15, beliau hanya menjawab tidak pasti.

“Saya tak pasti… kita tak dengarlah perkara itu… spekulasi (timbul) macam-macam” katanya.

Berita berkaitan
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023· Politik
Wan Saiful cabar DAP saman UMNO-BN dalam isu Komunis
November 17, 2023· Politik
Zahid kata kerusi Kemaman kubu kuat UMNO
November 13, 2023· Politik
PRK Kemaman: Zahid beri bayangan Ahmad Said mungkin tak dicalon semula
October 23, 2023· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
UMNO cuba jadi tukang atur dan besar kepala, kata Hadi
November 2, 2022
[KEMAS KINI] SPRM, polis siasat surat akujanji sokong Zahid jadi PM
November 3, 2022
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
6 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok