Santhara, Xavier sertai PBM

October 1, 2022 · Politik

Dua lagi Ahli Parlimen yang pernah mewakili PKR sebelum ini, – Edmund Santhara Kumar dan Datuk Dr Xavier Jayakumar – sah menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Santhara adalah Ahli Parlimen Segamat yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, manakala Xavier adalah Ahli Parlimen Kuala Langat.

Penyertaan kedua-duanya diumumkan Presiden pengganti PBM, Datuk Zuraida Kamaruddin pada sidang media selepas Persidangan Agung Tahunan Pertama 2022 Parti Bangsa Malaysia di Petaling Jaya, hari ini (1 Oktober 2022).

Penyertaan itu sekali gus menjadikan PBM kini mempunyai enam wakil rakyat, masing-masing bekas ahli Bersatu, PKR dan DAP ketika menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Empat lagi ialah Zuraida (Ahli Parlimen Ampang); Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong; Ahli Parlimen Julau Larry Sn’g; dan Ahli Parlimen Lahad Datu Mohamaddin Ketapi.

Zuraida dan Santhara meninggalkan PKR ketika ‘Langkah Sheraton’ pada Februari 2020 untuk menyertai Bersatu.

Manakala, Xavier pula meletak jawatan daripada PKR pada Mac 2021 untuk menjadi ahli Parlimen Bebas yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang memerintah ketika itu.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
UMNO Bangi tak pernah dijemput, tapi boleh pula Noraini ajak wakil DAP
May 17, 2021
‘Kedai online’ dedah barangan mewah dimiliki ahli politik
November 16, 2022
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
13 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok