Sampai bila rakyat nak kena ikat perut bila harga barang naik? soal Gerakan

July 12, 2023 · Politik

Parti Gerakan menggesa kerajaan campuran mencari pendekatan dan formula dengan kadar segera untuk menangani kenaikan harga barang yang diramalkan berlaku tak lama lagi.

Naib Presiden Gerakan, Datuk G Parameswaran berkata, laporan berita sebelum ini yang menjangka harga barang akan naik 20 peratus pada 20 Ogos perlu dipandang serius dan kerajaan digesa jangan menambah kerisauan rakyat dengan alasan tidak munasabah.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) perlu selesaikan isu kenaikan harga barang ini. Jangan tambah kerisauan dan beban kepada rakyat yang begitu menderita ketika ini. Ingat, jika asyik naik harga rakyat akan menjadi mangsa sehingga memaksa mereka mengikat perut kelak.

“Sampai bila rakyat nak menderita, dulu anda semua yang asyik bercakap dan mengkritik kerajaan sebelum-sebelum ini. Kini apabila sudah berkuasa, bukankah itu jadi keutamaan anda? Mengapa asyik sibuk cari salah pembangkang.

“Gunakan semua formula, cadangan serta peruntukan yang ada untuk selesaikan masalah rakyat, itu yang paling penting. Menteri sekarang lebih suka kejar populariti daripada dengar masalah dan selesaikan isu mereka,” katanya dipetik laporan MalaysiaGazette.

Kata Parameswaran lagi, kenaikan harga barang ini akan menyebabkan kuasa beli rakyat akan menurun.

Jelasnya tidak sampai dua bulan selepas harga ayam dan telur naik, kini ada laporan kesemua harga barang akan meningkat.

“Bagaimana agaknya rakyat hendak hidup selepas ini? Gaji tidak naik tapi kos semuanya naik. Bagaimana hendak lalui tekanan seperti ini? Adakah kerajaan kini fikir semua itu atau hanya sibuk berkempen serta berpolitik.

“Fikir sikit tentang rakyat akan sengsara terutamanya golongan B40 dan M40,” tegasnya.

Parameswaran juga berharap rakyat sedar bahawa kerajaan hari ini tidak pernah fokus untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Berita berkaitan
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
7 jam lalu· Isu semasa
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
7 jam lalu· Politik
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Rafizi perlekeh kajian terbaharu Merdeka Center dakwa ‘rating’ Anwar jatuh
November 26, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Besar pengorbanan Muhyiddin hingga jawatan PM dilepaskan: Tajuddin
September 20, 2021
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023
Lagi Politik terkini
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
8 jam lalu · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023 · Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat Terengganu bersama PN walaupun dizalim peruntukan, royalti minyak
9 jam lalu
[VIDEO] Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Dr Sam meningkat
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok