Saman Dr Mahathir, Zahid kata pertemuan hanya bincang hal politik

June 17, 2022 · Politik

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam pernyataan balas berhubung samannya terhadap Dr Mahathir Mohamad memberitahu pertemuan dua kali sebelum ini adalah bagi membincangkan hal politik.

Presiden UMNO yang menyaman bekas Perdana Menteri dua kali itu berkata tiada sebarang perbincangan melibatkan kes mahkamah yang dihadapinya sepanjang pertemuan antara Jun 2018 dan Feb 2020 yang lalu.

Menurut laporan Malaysiakini daripada jawapan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Zahid sebaliknya berkata merayu agar Dr Mahathir tidak membubarkan UMNO dan membawa ahli parti itu menyertai Bersatu.

Zahid mengemukakan jawapan tersebut pada 31 Mei lalu.

Selain itu, Zahid turut mendakwa dua daripada pertemuan dengan Mahathir pada 2020 adalah berkaitan perbincangan berikutan Langkah Sheraton pada penghujung Feb tahun itu.

“Dalam pertemuan ini juga, Defendan telah mencadangkan dan kemudiannya menggesa Plaintif untuk membubarkan Parti UMNO dan menyeru ahli-ahli UMNO (khususnya Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri daripada UMNO) untuk sertai defendan di dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),” kata jawapan Zahid itu.

Zahid juga mendakwa mempunyai keterangan dokumentar untuk dikemukakan di mahkamah.

Pada April lalu, Zahid memfailkan saman fitnah terhadap Pengerusi Pejuang itu berhubung kenyataan yang dibuatnya pada sidang media sebulan sebelumnya.

Saman itu difailkan susulan dakwaan Dr Mahathir bahawa Zahid bertemu dengannya untuk melobinya agar terlepas daripada hukuman penjara.

Menerusi pernyataan pembelaan terhadap saman fitnah itu pada 17 Mei, Dr Mahathir mendakwa Zahid menemuinya sebanyak lima kali pada 7 Jun 2018, 13 Sept 2018, dan pada 23 hingga 25 Feb 2020.

Dalam jawapan berhubung pertemuan pada 7 Jun 2018, Zahid berkata tidak mungkin beliau membangkitkan soal kes prosiding jenayah terhadapnya pada 7 Jun 2018 kerana pada tarikh itu masih belum didakwa di bawah sebarang pertuduhan ataupun dipanggil untuk sebarang siasatan.

Bagi pertemuan pada 13 Sept 2018 pula, Zahid berkata melibatkan perbincangan mengenai kemungkinan kerjasama antara UMNO dan Bersatu.

Menurutnya, pertemuan pada 23 Feb 2020 dengan beberapa ahli politik pula dilakukan atas permintaan Dr Mahathir.

Berhubung pertemuan pada 24 Feb 2020, plaintif mendakwa ia merupakan pertemuan singkat dengan Dr Mahathir berikutan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Zahid mendakwa pertemuan ringkas itu – yang didakwanya turut dihadiri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Tan Sri Muhyiddin Yassin – tidak melibatkan sebarang perbicangan dan mereka hanya sempat bersalam yang ketika itu perlu ke Istana Negara.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
‘Kedai online’ dedah barangan mewah dimiliki ahli politik
November 16, 2022
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
5 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok