Rosol nafi ikut jejak dua MP Bersatu sokong PMX: Laporan

October 30, 2023 · Politik

Ahli Parlimen (MP) Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid menafikan spekulasi mendakwa akan menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang dibuat oleh dua wakil rakyat Bersatu.

Rosol menegaskan pendirian kekal bersama Bersatu dan tidak akan menyokong kerajaan campuran seperti yang dilakukan MP Kuala Kangsar Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan MP Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman.

“Ya, masih kekal dengan parti (tidak akan sokong pimpinan Perdana Menteri),” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Rosol berkata, pihaknya menyerahkan keputusan kepada Lembaga Disiplin parti untuk tindakan selanjutnya kepada kedua-dua MP daripada Perikatan Nasional (PN) yang menyatakan sokongan kepada Anwar.

Rosol ketika ditanya mengenai masih ada lagi ahli Parlimen Bersatu lain yang akan menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, beliau memaklumkan tidak mengetahui berhubung perkara berkenaan.

“Saya tidak dengar apa-apa tentang itu,” ulasnya.

Awal hari ini, Suhaili pula menyatakan sokongan kepada kerajaan campuran dipimpin Anwar.

Suhaili berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira kesemua permasalahan rakyat Labuan yang berdepan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi serta gangguan bekalan air dan bekalan elektrik yang berterusan.

Sebelum ini, Iskandar Dzulkarnain juga membuat keputusan untuk menyokong pimpinan Anwar.

Untuk rekod, Lembaga Disiplin Bersatu juga sudah menghantar surat tunjuk sebab kepada Iskandar Dzulkarnain kerana melanggar peraturan parti tersebut.

Berita berkaitan
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Lagi Politik terkini
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
6 jam lalu · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ir Khairil di ceramah PAS Gong Limau
9 minit lalu
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok