Rosmah dan Zahid pernah dipulangkan pasport, pendakwaan bantah permohonan Muhyiddin

October 25, 2023 · Politik

Permohonan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mendapatkan kembali pasportnya dibantah pasukan pendakwaan.

Untuk rekod, Datin Seri Rosmah dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan kes mahkamah sebelum ini dibenarkan pasport mereka dipulangkan sementara bagi tujuan ke luar negara.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Asma Ahmad, berkata pihaknya memerlukan masa untuk memfailkan afidavit jawapan berhubung permohonan dikemukakan oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN) tersebut.

“Pihak pendakwaan menerima notis permohonan itu pada 17 Oktober lalu dan kami membantahnya. Oleh itu, kami memohon satu tarikh untuk memfailkan afidavit jawapan dalam tempoh dua minggu dari hari ini,” katanya di hadapan Hakim Azura Alwi.

Sementara itu, peguam mewakili Muhyiddin, Datuk K Kumaraendran, berkata pihaknya memerlukan masa untuk memfailkan afidavit balas dan memohon supaya tarikh pendengaran bagi pelepasan pasport itu ditetapkan 23 November ini.

Azura bersetuju dengan tarikh pendengaran itu, selain memerintahkan afidavit jawapan pihak pendakwaan difailkan pada atau sebelum 8 November, manakala afidavit balasan pemohon difailkan sebelum atau pada 17 November.

“Mahkamah juga menetapkan 21 November bagi pihak pendakwaan dan pembelaan memfailkan penghujahan bertulis secara serentak sebelum tarikh pendengaran itu,” katanya.

Pada 16 Oktober lalu, Muhyiddin, 76, memfailkan notis permohonan bagi mendapatkan kembali pasport tanpa syarat.

Bekas Perdana Menteri dilaporkan berkata, perancangan untuk bercuti tahun ini tidak terkecuali dan ingin membawa keluarganya ke London, United Kingdom (UK) pada akhir tahun.

Katanya, percutian itu penting bagi membolehkan masa diluangkan bersama kerana dirinya dan keluarga amat tertekan pada tahun ini.

Selain itu, Muhyiddin menyatakan hasrat untuk ke Singapura bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

Pada 15 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Pagoh itu selepas membenarkan permohonan beliau untuk membatalkan empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk rasuah berjumlah RM232.5 juta bagi Bersatu.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi juga sudah membuat keputusan melepaskan dan membebaskannya bagi pertuduhan predikat di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Berita berkaitan
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Lagi Politik terkini
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
6 jam lalu · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023 · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023 · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
2 jam lalu
[VIDEO] Belanjawan 2024 paling pantas diluluskan DUN Kedah, kata Sanusi
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok