ROS luluskan usul tiada pertandingan dua jawatan tertinggi, kata Zahid

March 4, 2023 · Politik

Usul tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO sudah diluluskan, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu mengesahkan parti sudah menerima surat daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengesahkan Pendaftar Pertubuhan (RoS) menerima resolusi parti itu bahawa tiada pertandingan bagi dua jawatan tertinggi pada Perhimpunan Agung 2022 yang lalu.

Katanya, perkembangan terbaru itu diterima menerusi surat daripada KDN yang diterima UMNO hari ini.

“Surat daripada KDN yang bertarikh semalam itu mengesahkan RoS sudah menerima usul yang diluluskan PAU baru-baru ini adalah sah.

“Susulan surat yang dikeluarkan itu, hanya jawatan Naib Presiden sehingga ke ahli Majlis Tertinggi (MT) dan jawatan pada peringkat sayap saja yang akan dipertandingkan.

“Jadi, bertandinglah dengan baik. Insya-Allah saya akan terus pergi ke setiap negeri sebagai komitmen untuk bersama calon yang bertanding,” katanya dipetik laporan BH.

Pada 20 Januari lalu, dua ahli UMNO menghantar aduan kepada RoS supaya semakan dibuat terhadap usul tambahan yang diluluskan pada PAU 2022 berkaitan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

Aduan itu dikemukakan ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli UMNO Seremban, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom, yang berharap RoS dapat menentukan sekiranya terdapat pertikaian terhadap usul tambahan yang dibawa pada PAU 2022.

Muhammad Aizat Fikri mendakwa atur cara mengemukakan usul tambahan itu adalah tidak sah dan bertentangan dengan perlembagaan UMNO serta peraturan persidangan bahagian dan cawangan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula menggesa RoS membuat keputusan segera bagi menentukan sama ada keputusan PAU itu sah atau tidak sebelum pemilihan parti itu pada 18 Mac ini

Ini bagi memberi laluan kepada ramai calon lain bertanding bagi merebut dua jawatan tertinggi parti itu, termasuk mereka yang sudah mengumumkan untuk bertanding jawatan Naib Presiden jika tindakan UMNO itu menyalahi perlembagaannya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berharap semua calon akan bertanding secara adil dan beretika tanpa mengeluarkan kenyataan yang dikhuatiri boleh menggugat perpaduan dalam UMNO berdasarkan peraturan sedia ada.

“Walaupun dua jawatan teratas parti tidak dipertandingkan, saya akan terus turun ke setiap negeri untuk majlis pengenalan calon yang bertanding dalam parti,” katanya.

Berita berkaitan
Shahidan cadang pasport Rosmah juga dipulangkan sama seperti Zahid
March 27, 2023· Politik
Zahid dapat pasport semula secara kekal, tidak dibantah pendakwa
March 27, 2023· Politik
Mahkamah benar pasport diserah kepada Rosmah buat sementara
March 21, 2023· Isu semasa
Anwar yakin dapat kembali sokongan orang muda hasil kerjasama dengan UMNO
March 18, 2023· Politik
Popular
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
March 28, 2023
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
March 28, 2023
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
March 28, 2023
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
March 28, 2023
Lagi Politik terkini
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
11 jam lalu · Politik
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
14 jam lalu · Politik
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
18 jam lalu · Politik
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
20 jam lalu · Politik
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
4 minit lalu
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok