Rakyat sudah bersuara dalam PRN, tapi ada pemimpin PH-UMNO koyak: Tun Faisal

August 16, 2023 · Politik

Datuk Tun Faisal Ismail Aziz membidas pemimpin Pakatan Harapan (PH)-UMNO yang tidak dapat menerima hakikat rakyat sudah menolak mereka semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berakhir pada Sabtu baru-baru ini.

Tun Faisal yang menyertai Bersatu selepas dipecat UMNO kerana melawan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pemimpin PH-UMNO masih tidak sedar diri rakyat menolak mereka, malah menghina pengundi sehingga melabel rakyat sebagai ‘bodoh’ kerana menyokong Perikatan Nasional (PN).

“Rakyat telah bersuara, persoalannya pada saya ada jurucakap di kalangan parti kerajaan PH dan BN (UMNO-Barisan Nasional) masih tidak sedar dan ada yang koyak.

“Ada yang menggambarkan bahawa pengundi ini menerima KFC dan ada juga yang menggambarkan bahawa mereka daripada negeri yang mundur nak lantik pemimpin yang bodoh… Tak boleh menerima (kekalahan) sehingga cakap orang tak sekolah.

“Bagi saya itu adalah tidak wajarlah,” katanya semasa wacana anjuran Sinar Harian malam tadi.

Tun Faisal menegaskan keputusan enam PRN adalah referendum rakyat terhadap ketakpuashatian mereka kepada kerajaan campuran yang dilihat gagal mentadbir dengan baik.

“Pada saya ini adalah referendum rakyat kerana rakyat sudah menunjukkan rasa tidak puas hati kepada kerajaan,” ujarnya lagi.

Terdahulu, seorang pemimpin atasan UMNO yang kalah pilihan raya sebelum ini mendakwa pengundi ditawar KFC semasa PRN lalu dan menyebabkan mereka menyokong PN.

Selain itu seorang pemimpin PKR, Iswardy Morni juga dalam satu video rakaman tular menggelar rakyat di tiga negeri yang dimenangi PN sebagai bodoh dan menolak kemajuan.

Iswardy yang pernah didakwa kerana menghina Yang di-Pertuan Agong sebelum ini meluahkan rasa kecewanya susulan kekalahan memalukan PH di tiga negeri, selain hilang banyak kerusi di tiga negeri yang dimenangi PH-UMNO.

Tun Faisal juga berkata sokongan rakyat terhadap kerajaan campuran PH-UMNO semasa enam PRN lalu adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan gabungan PN.

“Undi keseluruhan PH-UMNO adalah 3.39 juta sahaja, undi keseluruhan untuk yang tidak menyokong adalah 3.45 juta,” katanya lagi.

Keputusan PRN pada Sabtu menyaksikan PN berjaya meraih sebanyak 146 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada keseluruhan 245 kerusi dipertandingkan, PH (80 kerusi) dan UMNO (19 kerusi).

Di Selangor, PH-BN menenangi 34 kerusi, manakala PN (22 kerusi); Pulau Pinang, PH-BN meraih 29 kerusi, sementara PN (11 kerusi).

Di Negeri Sembilan pula, 31 kawasan DUN menjadi milik PH-BN manakala bakinya, lima kerusi diperoleh PN.

PN menyapu bersih 32 kerusi di Terengganu, manakala di Kelantan, PH-BN hanya mampu berpuas hati dengan memiliki dua kerusi, manakala baki 43 lagi berpihak kepada PN.

Sementara di Kedah, PN menang selesa di 33 kerusi, dan PH-BN pula hanya memperoleh tiga kerusi DUN di negeri itu.

PN mengungguli majoriti undi popular bagi segmen pengundi Melayu dan Muslim, manakala PH-BN pula meraihnya daripada pengundi segmen etnik bercampur, selain undi Melayu di kawasan bandar khususnya di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Berita berkaitan
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023· Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023· Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023 · Politik
Jawatan Presiden PAS dan Timbalan berkemungkinan tiada pencabar: Sanusi
September 27, 2023 · Politik
Kerajaan guna isu 3R untuk elak dikritik dan bermotif politik: Dr Mahathir
September 27, 2023 · Politik
Kerusi Kemaman: PAS akan teliti sama ada merayu atau tidak keputusan mahkamah
September 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
2 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok