Rakyat kena ‘ajar’ kerajaan gagal tunaikan janji dalam PRN nanti: Muhyiddin

May 22, 2023 · Politik

Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri boleh menjadi pentas untuk rakyat ‘ajar’ kerajaan campuran yang dilihat gagal menunaikan janji dan tidak menangani masalah ekonomi rakyat.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan campuran gagal membuktikan kemampuan mereka untuk membantu rakyat, malah keluhan rakyat juga tidak dipandang serius sebaliknya kerajaan hanya tahu menghukum musuh politiknya.

“Namun, agak malang sekali harapan itu menjadi sia-sia nampak sangat kerajaan pusat tidak berupaya hendak membuktikan kecekapan mereka untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat khususnya dalam bidang ekonomi.

“Harga barang masih melambung naik, kos sara hidup tidak dapat diurus menjamin masa depan lebih selamat, apatah lagi masalah inflasi yang masih terus dihadapi pada hari ini. Tidak nampak satu pun inisiatif konkrit dan jitu yang dapat dilakukan untuk menyelesaikan masalah rakyat khususnya di Selangor,” katanya ketika berucap pada Jamuan Hari Raya Aidilfitri PN Selangor malam tadi.

Antara isu dibangkitkan adalah kos sara hidup, kebenaran pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), bantuan perniagaan, kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) serta pemotongan subsidi elektrik.

Ujarnya, isu tersebut gagal ditangani kerajaan sehingga menyebabkan kehidupan rakyat semakin tertekan dan bertambah buruk.

Malah, dalam ucapan sama beliau turut menyelar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan partinya yang tidak menunaikan janji dibuat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurutnya, Pakatan Harapan (PH) tidak menghapuskan tol dan menurunkan harga minyak meskipun pemimpin mereka kini mengetuai kerajaan.

“Masalah OPR yang meningkat selalu, masalah subsidi elektrik yang sekarang ini sudah dipotong menyebabkan pengguna terpaksa membayar harga yang lebih tinggi.

“Janji untuk menghapuskan tol sampai hari pun ini tidak dapat dilaksanakan. Apa lagi janji yang mereka buat waktu berkempen pada PRU-15 untuk menurunkan harga minyak, sampai hari ini habuk pun tak ada, apalah mereka boleh berjanji tetapi tak dapat tunaikan. Cakap tak serupa bikin,” selarnya.

Terdahulu, Pengerusi PN itu memaklumkan puluhan ribu didakwa hadir pada majlis tersebut sekaligus menjadi manifestasi daripada rakyat khususnya di negeri ini terhadap sokongan partinya untuk berdepan PRN nanti.

Berita berkaitan
UMNO-BN ditawar tanding 16 kerusi di N. Sembilan, tapi minta tambah dua lagi
7 minit lalu· Politik
Puad dakwa bekas pemimpin mahu lihat UMNO ranap dan Zahid lemah
18 minit lalu· Politik
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
49 minit lalu· Politik
Jamal kecewa lihat Noh berada atas pentas politik bersama PN
58 minit lalu· Politik
Popular
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
June 6, 2023
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
June 6, 2023
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
June 6, 2023
Lagi Politik terkini
Siapa pengkhianat rakyat sebenar di Pulau Pinang? MP Permatang Pauh balas Guan Eng
1 jam lalu · Politik
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
12 jam lalu · Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
12 jam lalu · Politik
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
13 jam lalu · Politik
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok