Rakyat digesa mohon Agong tidak perkenan bubar Parlimen tahun ini

October 1, 2022 · Politik

Rakyat Malaysia digesa bersama dalam mendesak dan memohon kepada Yang di-Pertuan Agong supaya tidak memperkenankan pembubaran Parlimen dalam waktu terdekat.

Ketua Penerangan Bersatu Kedah, Khairul Anuar Ramli berkata ini kerana ia akan menambah lagi derita rakyat terutama sekali rakyat akan berdepan dengan bencana alam, pada pertengahan November dan Disember tahun ini.

“Apa yang menyedihkan kita sebagai rakyat Malaysia, ini adalah waktu rakyat tengah susah, rakyat dibebani dengan kenaikan harga barang, rakyat hilang pekerjaan selepas kita melalui tempoh genting pandemik Covid-19.

“Sepatutnya, tumpuan diberikan untuk mengangkat ekonomi dan martabat rakyat.

“Bukan hanya tergila-gilakan kuasa, yang mahu berkuasa tanpa memikirkan nasib rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini menurut BeritaBersatu.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO sepakat memutuskan pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan pada tahun ini juga.

Katanya, susulan keputusan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertuan Agong.

Mengulas lanjut, Khairul Anuar berkata rakyat perlu tolak parti yang meletakkan agenda peribadi di depan.

Ini kerana, katanya, fokus sepatutnya kepada penyelesaian agenda masalah rakyat.

“Angkat pemimpin yang boleh mengangkat martabat rakyat, aspirasi rakyat, serta mempertahankan dan membela ekonomi rakyat.

“Tolak pemimpin yang gila kuasa,” katanya.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023
UMNO Bangi tak pernah dijemput, tapi boleh pula Noraini ajak wakil DAP
May 17, 2021
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
9 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok