Rafizi yang dulu tabur kebencian, kini nasihat pembangkang jangan timbulkan kebencian

December 11, 2022 · Politik

Selepas menjadi menteri, Rafizi Ramli yang dahulunya suka membuat tuduhan dan menimbulkan kebencian terhadap pihak kerajaan kini menasihati pembangkang jangan melakukan perkara sama.

Timbalan Presiden PKR itu menggesa supaya pihak lawan tidak menimbulkan sentimen kebencian terhadap kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN), namun nampaknya Rafizi terlupa dengan kata-kata kecaman sebelum ini dikeluarkannya.

“Saya faham perang media sosial masih panas, mainan politik Perikatan Nasional (PN) dan PAS terus berlaku. Tetapi tanggungjawab utama kerajaan adalah membaiki kehidupan rakyat.

“Masa waktu yang dibayar gaji oleh rakyat, saya akan tumpu kerja sebagai menteri.

“Keutamaan sekarang adalah melaraskan dasar-dasar dan pelaksanaan projek supaya memberi impak paling besar kepada rakyat dalam persediaan kita menghadapi cabaran ekonomi 2023 yang dijangka lebih menguji kekuatan dan daya tahan ekonomi negara,” katanya dalam satu hantaran Facebook hari ini.

Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata akan menjawab kritikan yang dilemparkan terhadap kerajaan campuran PH-BN selepas waktu bekerja dan tidak akan melayani soalan wartawan semasa berada di kementerian.

“Di luar waktu kerja, saya akan berdepan dengan PN/PAS. Saya akan menjawab isu-isu yang mereka mainkan dan juga akan selaraskan supaya aktivis dan pimpinan Kerajaan Perpaduan turut sama memantau prestasi mereka sebagai pembangkang.

“Mereka ingat jadi pembangkang ini hanya menimbulkan sentimen kebencian. Mereka lupa bahawa menjadi pembangkang juga perlukan pengetahuan mengenai dasar, memantau pelaksanaan, membawa suara rakyat dengan masalah seharian mereka,” katanya lagi.

Pentadbiran PH-BN berdepan kecaman dan kritikan teruk susulan langkah membentuk Kabinet yang melibatkan pemimpin kluster mahkamah daripada UMNO, malah diberikan pula jawatan penting dalam kerajaan.

Untuk rekod, Rafizi juga sebelum ini semasa berkempen tempoh hari pernah mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadap penjawat awam apabila berkata mahu memburu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  Tan Sri Azam Baki jika berjaya membentuk kerajaan.

Bagaimanapun, Rafizi selepas dilantik menjadi Menteri Ekonomi berkata kenyataan itu hanya untuk penambahrasa politik.

Berita berkaitan
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Kerajaan sementara Melaka, bekas EXCO berebut sebuah kereta
October 10, 2021
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
17 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok