Rafizi dakwa miliki data tunjuk PH-UMNO mampu menang PRN

July 4, 2023 · Politik

Data terbaharu mendakwa Pakatan Harapan (PH)-UMNO dan Barisan Nasional (BN) mampu menang Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah ada, kata Rafizi Ramli.

Timbalan Presiden PKR itu yang pernah mengeluarkan data mendakwa PH akan menang 100 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu sekali lagi mendakwa memiliki data menyokong hujahnya mengatakan Perikatan Nasional (PN) sudah tidak kuat lagi.

“(Persaingan) bukan di Selangor atau Negeri Sembilan. Saya ingat sebahagian dakwaan dibuat PN ini adalah (untuk) menutup kebimbangan mereka sendiri.

“Cuma bila sampai masa saya akan tunjukkan data ini secara terperinci,” katanya dipetik laporan BH hari ini.

Rafizi mengadakan sidang media semasa Majlis Perjumpaan Menteri Ekonomi bersama warga Kementerian Ekonomi.

Pada 20 Jun lalu, Rafizi dilaporkan ingin mengongsikan data pada akhir Jun lalu bagi membuktikan bahawa Pakatan Harapan (PH) lebih mendapat sokongan berbanding PN.

Rafizi mendakwa, data yang bakal didedahkannya itu sekali gus akan membuktikan bahawa dakwaan yang dibuat oleh PN adalah tidak berasas.

Dalam pada itu, beliau berkata, data awalnya juga menunjukkan kedudukan pentadbiran kerajaan PH di tiga negeri yang dipimpin mereka berada dalam keadaan selesa.

“Tumpuan PRN kali ini terarah kepada prestasi PH di tiga negeri pembangkang iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu. Kempen pun sudah dekat. Bila semakin dekat dengan kempen, saya akan tunjukkan data-data ini.

“Jadi kalau ikut data itu, tidak banyak kredibiliti kalau PN mendakwa mereka semakin hampir ambil alih kerajaan Selangor, Negeri Sembilan atau Pulau Pinang. Setakat ini data-data seperti ini tidak banyak beza dengan pilihan raya umum yang lalu,” katanya lagi.

Pada November tahun lalu beberapa hari sebelum hari mengundi PRU-15, Rafizi juga mengeluarkan ramalan sama kononnya PH sudah melepasi kemenangan 100 kerusi.

Bagaimanapun jangkaan Rafizi itu meleset apabila PH gagal melepasi kemenangan 100 kerusi dan hanya menang 82 kerusi Parlimen sehingga terpaksa bergabung dengan UMNO-BN untuk membentuk kerajaan pusat.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Calon PKR Sg Buloh yang juga bekas bendahari agung MIC pernah ada kes mahkamah
November 3, 2022
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok