Puad cabar Khairy tubuh parti baharu, bidas Ismail Sabri kecewa Khairy dipecat

February 6, 2023 · Politik

Khairy Jamaluddin Abu Bakar dicabar untuk menubuhkan parti baharu sekiranya merasakan mempunyai pengaruh dan kuat, kata Datuk Mohd. Puad Zarkashi.

Timbalan Pengerusi Tetap UMNO itu yang dianggap pengikut setia Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu berkata bekas Ketua Pemuda itu tidak hebat seperti digambarkan, malah kalah semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di Sungai Buloh kepada calon PKR.

“Ismail Sabri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) kata, KJ (Khairy) ada magnet. UMNO rugi kerana buang magnet untuk tarik orang muda. Masa KJ jadi Ketua Pemuda ramaikah anak muda ditarik oleh magnet KJ untuk sokong UMNO?

“Mungkin anak muda sokong KJ tetapi bukan pada UMNO, KJ tidak merayu pemecatannya. Apa salahnya KJ tubuh parti baru kita tengok apakah anak muda akan berduyun masuk ikut magnet KJ,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, Ismail Sabri dilapor media berkata kesal dengan pemecatan Khairy kerana mempunyai pengaruh yang kuat dikalangan pengundi muda.

Dalam pada itu, Puad mencabar Khairy sekiranya mempunyai keberanian, beliau perlu membuktikan dengan mengikut sama jejak yang diambil Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menubuhkan sebuah parti baharu dan bukan menyertai parti lain yang sedia ada.

“Kalau KJ kurang berani macam Syed Sadiq yang tubuh parti baru, KJ boleh join Bersatu atau PAS. KJ boleh buktikan magnet dia ok, jangan pula jadi penumpang kepada parti itu,” ujarnya lagi.

Puad juga membidas Ismail Sabri susulan kenyataannya baru-baru ini yang mempertikaikan berhubung pemecatan Khairy baru-baru ini.

“Ismail Sabri silap, patut dia cadang pada MKT (Majlis Tertinggi) UMNO supaya KJ ganti dia sebagai poster boy pada PRU-15 lalu.

“Alasannya dia tidak ada magnet, KJ ada magnet, ruginya UMNO kalau betul,” ujarnnya lagi.

Berita berkaitan
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
21 jam lalu· Politik
Mahkamah benar pasport diserah kepada Rosmah buat sementara
March 21, 2023· Isu semasa
Tambang kapal terbang mahal tiada penyelesaian, mana janji PRU dulu?
March 21, 2023· Isu semasa
Isu ziarah gereja: Polis akan panggil Hannah Yeoh untuk dirakam keterangan
March 20, 2023· Isu semasa
Popular
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
March 23, 2023
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
March 22, 2023
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
March 22, 2023
Jangan pandang ringan ‘suara dari penjara’, kata KJ kepada UMNO
March 21, 2023
Lagi Politik terkini
Puak politik liberal lindungi LGBTQ, acara songsang terbuka di Malaysia
1 jam lalu · Politik
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
10 jam lalu · Politik
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
March 22, 2023 · Politik
Anwar beri cadangan dangkal cagar KWSP: Ketua Penerangan Bersatu
March 22, 2023 · Politik
Bila DAP nak ada Setiausaha Agung orang Melayu pula?
March 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
24 jam lalu
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok