PRU-15 : PN, Muhyiddin utamakan calon berintegriti

November 6, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) membariskan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang mempunyai rekod bersih dan berintegriti sekali gus memastikan kerajaan stabil dapat dibentuk pada masa hadapan, lapor Sinar Harian.

Ini jelas menunjukkan kesungguhan PN apabila Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan fokus utama kerajaan PN ialah menguruskan masalah kehidupan rakyat, bukannya memikirkan cara membebaskan diri daripada kes-kes mahkamah.

Beliau menyifatkan isu ekonomi yang semakin menekan rakyat menjadi agenda utama PN sebaik membentuk kerajaan nanti.

Calon PN Parlimen Tanjung Piai, Najwah Halimah Ab Alim berkata Muhyiddin mengetengahkan ramai muka baharu untuk menghadapi PRU15 dan memastikan hanya calon berintegriti serta yang boleh bekerja demi rakyat dipilih sebagai wakil PN.

“Tan Sri Muhyiddin semestinya mahu calon yang berintegriti, layak dari segi pendidikan dan sebagainya. Kali ini juga Tan Sri Muhyiddin mengetengahkan ramai muka baharu dan menjanjikan orang-orang yang betul-betul boleh bekerja. Orang kata ‘fresh’ dari segi politik,” katanya.

Calon PN Parlimen Bukit Gelugor, P Thinaganarabhan pula melihat Muhyiddin sebagai seorang yang tegas dan tidak akan berkompromi soal integriti.

Katanya Muhyiddin memainkan peranan membuat keputusan penting ketika menjadi perdana menteri dan berhadapan keadaan luar biasa apabila negara dilanda Covid-19.

“Beliau seorang yang tegas dan tidak akan berkompromi soal integriti. Beliau seorang yang bebas daripada rasuah dan beliau telah membuat satu keajaiban semasa pandemik,” katanya.

Sementara calon PN Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saifulrudin Wan Jan berkata PN menawarkan kerajaan yang bersih dan stabil untuk rakyat negara ini.

“Saya yakin yang kita tawarkan kerajaan yang bersih dan kerajaan yang stabil. Kalau dilihat gabungan parti politik yang ada sekarang ini, yang stabil hanyalah di PN,” katanya.

Bagi calon PN Parlimen Segambut, V Prabagaran, kerajaan yang bebas rasuah seperti dijanjikan PN akan memastikan negara memberi tumpuan kepada rakyat secara menyeluruh.

“Kita tidak mahu kerajaan yang sangat korup. Jadi, kita nak mempertingkatkan kualiti hidup rakyat khususnya golongan B40,” katanya.

Bagi calon PN Parlimen Bayan Baru, Oh Tong Keong pula, kesemua calon PN sudah membuat akujanji menolak rasuah bagi memastikan negara bersih tanpa penyelewengan.

“Kita sudah buat akujanji, kita akan tolak rasuah kerana kita adalah kerajaan yang bersih pada masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, calon PN Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga Timbalan Presiden Bersatu menegaskan PN menitikberatkan semangat sebagai satu pasukan bukan individu dalam mengharungi perang PRU kali ini

“Tentunya dalam pemilihan calon ini ada tak setuju dan ada yang amat bersetuju tetapi kalau kita nak persetujuan 100 peratus, tidak mungkin dan tiada parti dapat melakukan perkara tersebut.

“Namun, sekali lagi kita menitikberatkan agar bertanding sebagai satu pasukan PN, bukannya individu itu yang bertanding,” katanya.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kerusi DUN Suka Menanti kekal milik PN, calon PH diarah bayar RM15,000
October 18, 2023· Politik
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Popular
Apa khabar vending machine? Fadhli sindir Rafizi
August 25, 2023
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
Nazri bidas Zahid jangan memandai-mandai buat keputusan bersendirian
June 21, 2021
Calon PH di Pulai yakin akar umbi UMNO akan sokong dalam PRK
August 27, 2023
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok