PRU-15 : KJ pelik rakan PKR tak isytihar harta pun

November 11, 2022 · Politik

Calon BN Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin menyifatkan beliau tiada masalah jika calon parti lawannya mahu mengisytiharkan harta.

Namun katanya yang juga Menteri Kesihatan sementara, PKR tidak perlu kecoh mencanang perkara itu kerana tiada yang mewajibkan mereka berbuat demikian.

“PKR hendak buat (isytihar harta) terpulanglah. Tiada siapa suruh.

“Tetapi saya agak pelik sebab rakan-rakan dia(PKR) pun tak buat. DAP pun tak buat. Tapi biarlah, itu pendirian (parti) masing-masing,” katanya dalam sidang media selepas hadir melancarkan pengorepasian Hospital Cyberjaya, lapor Utusan Malaysia.

Khairy berkata demikian ketika ditanya pendiriannya berhubung keperluan parti-parti lain mengikut jejak PKR membuat pengisytiharan harta.

Penyandang Parlimen Rembau itu berkata berliau tiada masalah untuk mengisytiharkan harta kerana ia amalan lazim untuk semua anggota pentadbiran Kabinet sejak dahulu lagi.

“Saya sendiri sudah isytihar dan rakyat boleh tengok di portal rasmi SPRM kerana apa disiar adalah telus dengan ada bukti sokongan lengkap dilampirkan untuk rujukan awam,” katanya.

PKR sebelum ini memuat naik dokumen pengisytiharan harta calon-calon PRU-15 di laman web parti.

Sementara itu, DAP dilaporkan tidak bercadang untuk mewajibkan calon mereka membuat pengisytiharan harta seperti rakan sekutunya itu.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata DAP tidak mempunyai polisi yang mewajibkan calon pilihan raya perlu mengisytiharkan harta mereka.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
6 jam lalu· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
‘Kedai online’ dedah barangan mewah dimiliki ahli politik
November 16, 2022
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok