PRN Selangor: Polis terima 65 laporan

August 5, 2023 · Politik

Sepanjang tujuh hari kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor berlangsung, polis menerima 65 laporan polis setakat ini atas pelbagai isu.

Bagaimanapun Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata kesemua laporan polis terbabit tidak dibuka kertas siasatan berikutan kes disifatkan terpencil dan tiada unsur khianat.

“Tiada kertas siasatan dibuka melibatkan 65 laporan yang diterima sepanjang tujuh hari berlangsungnya PRN di negeri ini.

“Antaranya melibatkan bendera, poster tumbang dan isu tidak puas hati yang mana kesemua kes ini tidak melibatkan elemen khianat sekali gus tiada kertas siasatan dibuka setakat ini,” katanya, lapor Sinar Harian.

Menurutnya, pemantauan sentiasa dijalankan dalam memastikan suasana sentiasa aman sepanjang PRN kali ini.

“Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, kita mempunyai team cantas yang mana mereka ini ditugaskan dalam melaksanakan pemantauan dan tindakan segera sekiranya didapati terdapat sebarang pelanggaran undang-undang.

“Setakat ini, suasana PRN di Selangor berlangsung dengan harmoni dan saya harap ia kekal sebegini dalam memastikan proses PRN ini sentiasa berjalan dengan lancar,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, setakat ini pihaknya mengeluarkan sebanyak 243 permit melibatkan kempen dan ceramah di negeri ini.

“Hasil pemantauan dijalankan setakat ini mendapati sebanyak 176 kempen dan 67 ceramah diadakan dengan permit yang sah di keseluruhan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN).

“Semua calon diingatkan sentiasa mematuhi had masa berceramah dan pada masa sama tidak menjadikan masjid, surau atau mana-mana rumah ibadat sebagai tempat menggantung poster, iklan serta jadual calon yang bertanding,” katanya.

Berita berkaitan
Polis ambil keterangan Muhyiddin sekali lagi berhubung kempen PRK
September 21, 2023· Politik
Laporan polis terhadap pembebasan Zahid, dakwa wujud salahguna kuasa
September 16, 2023· Politik
Di India, guna helikopter dianggap salahguna jentera kerajaan: Hadi
September 13, 2023· Politik
Bukit Aman rekod keterangan Muhyiddin berhubung ucapan semasa kempen PRK
September 12, 2023· Politik
Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
October 2, 2023
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
October 2, 2023
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
October 3, 2023
Lagi Politik terkini
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
3 jam lalu · Politik
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
16 jam lalu · Politik
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
16 jam lalu · Politik
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
23 jam lalu · Politik
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
October 2, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok