PRN: Politik dendam dan angkuh punca orang Melayu tolak PH-UMNO

August 13, 2023 · Politik

Sekali lagi orang Melayu menolak gabungan Pakatan Harapan (PH)-UMNO dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berakhir semalam.

Isyarat jelas diberikan pengundi Melayu di enam negeri adalah jelas menunjukkan mereka menolak politik dendam dan angkuh yang dibawa oleh PH-UMNO sepanjang berkempen, malah budaya menabur dedak dan janji bulan serta bintang sudah tidak lagi laku.

UMNO tewas semua kerusi mereka tandingi di Terengganu dan Kedah, dua buah negeri yang dianggap sebagai kubu majoriti orang Melayu dan hilang paling banyak kerusi di Selangor serta Kelantan selepas keputusan PRN diumumkan semalam.

Budaya politik dendam dengan menjadikan pemimpin Perikatan Nasional (PN) sasaran semasa dua minggu kempen PRN baru-baru ini menyebabkan orang Melayu semakin membenci PH-UMNO.

Sudah lah peruntukan kepada negeri ditadbir PN disekat, kerajaan campuran juga membuat tuduhan palsu terhadap pemimpin PN semasa berkempen sehingga menyebabkan orang Melayu semakin membenci dan menolak PH-UMNO yang kini menjadi rakan politik di peringkat kerajaan Persekutuan.

Kajian sebuah badan bebas, Ilham Center baru-baru ini yang mengatakan sokongan merosot dikalangan orang Melayu terhadap kerajaan campuran Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya dibuktikan dalam enam PRN kali ini.

Terbukti kini pengundi Melayu masih menolak kerajaan campuran Anwar.

Serangan bertali arus terhadap pemimpin PN dengan pelbagai cemuhan dan tuduhan menyebabkan orang Melayu semakin tidak mempercayai PH-UMNO, malah dedak dan tawaran projek juga tidak lagi berjaya mempengaruhi pengundi pada PRN kali ini.

Realitinya, pengundi Melayu menolak gabungan PH-UMNO yang kini terdapat kleptokrat dan perasuah besar di dalam kerajaan campuran.

Keputusan PRN Pulau Pinang dan Selangor juga boleh dijadikan kayu pengukur kepada sokongan orang Melayu terhadap kerajaan campuran apabila kerusi majoriti orang Melayu dimenangi calon PN, sementara kerusi campuran banyak dimenangi calon PH-UMNO.

Pilihan raya enam negeri semalam menyaksikan UMNO hanya meraih 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Di Terengganu dan Kedah, UMNO mencatatkan prestasi terburuk dengan gagal menawan atau mengekalkan sebarang kerusi.

Pencapaian terbaik UMNO adalah di Negeri Sembilan dengan parti itu memenangi 14 kerusi, dan masing-masing dua kerusi di Pulau Pinang dan Selangor, sementara di Kelantan, parti itu mengekalkan kemenangan di satu kerusi di DUN Galas.

Bagaimanapun kerjasama PH-BN yang menerajui kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim di peringkat pusat berjaya mempertahankan tiga negeri – Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Hanya di Selangor gabungan PH-BN gagal mendapatkan majoriti dua pertiga.

Berita berkaitan
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
3 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
4 jam lalu· Politik
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
16 jam lalu· Politik
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
17 jam lalu· Isu semasa
Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
October 2, 2023
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
October 2, 2023
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
October 3, 2023
Lagi Politik terkini
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
16 jam lalu · Politik
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
23 jam lalu · Politik
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
October 2, 2023 · Politik
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023 · Politik
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
October 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok