PRN: PAS P.Pinang dakwa ada usaha bawa pengundi hantu

August 9, 2023 · Politik

Pemuda PAS Pulau Pinang mendakwa wujud usaha memanipulasi proses pengundian pada pilihan raya negeri (PRN), Sabtu ini.

Ketua Penerangannya, Mohamad Ikhwan Afiq Mohamad Amar berkata gerakan itu dikatakan cuba mengumpul kad pengenalan pengundi di sesuatu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terutama golongan muda.

Beliau turut mendakwa, pihak berkenaan akan memberi balasan wang ringgit kepada pemegang kad pengenalan yang terbabit dalam gerakan itu namun tidak mendedahkan jumlah yang ditawarkan.

“Kemudian kad pengenalan terbabit akan digunakan oleh ‘pengundi hantu’ untuk mengundi bagi parti tertentu dan dokumen berkenaan hanya akan dipulangkan kepada pemilik sebenar selepas PRN.

“Kami percaya tindakan ini adalah skandal penipuan pilihan raya yang terdesak dengan kaedah ‘menyewa’ kad pengenalan pengundi sebagai cubaan terakhir untuk memperoleh kemenangan secara kotor, tidak bersih dan tidak adil,” katanya pada sidang media, hari ini, lapor BH.

Turut hadir, Naib Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Muhamad Hafis Alias.

Sementara itu, Mohamad Ikhwan Afiq mendakwa pihaknya turut dimaklumkan ada perancangan untuk membawa masuk kertas undi secara haram dengan kaedah menukar peti undi bagi memenangkan parti tertentu.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan lebih banyak cubaan terdesak dan penipuan cuba dilakukan pihak tertentu untuk memperolehi kemenangan pada PRN kali ini.

Justeru itu katanya, pengundi dinasihatkan supaya membanteras dan mencegah skandal penipuan terbabit di peringkat awal, sebelum ia berlaku.

“Pilihan raya sepatutnya menjadi padang yang rata untuk semua pihak bertanding secara sihat dalam suasana demokrasi matang, tidak kira sama ada parti daripada kerajaan semasa, pembangkang mahu pun Bebas.

“Skandal penipuan pilihan raya seperti ini tidak akan mematangkan demokrasi di negara ini. Malah, membawa Malaysia semakin terbelakang dengan kaedah lapuk untuk memenangi pilihan raya.

“Pemuda PAS Pulau Pinang meyakini integriti Suruhanjaya Pilihan Raya, Polis Diraja Malaysia dan petugasnya tetapi semua pihak perlu mengambil berat terhadap usaha memanipulasi pilihan raya dan terus melaporkan kepada pihak berkuasa, jika kes ini berlaku di sekeliling anda,” katanya.

Ditanya sama ada Pemuda PAS Pulau Pinang akan mengemukakan laporan polis berhubung dakwaan terbabit, Mohamad Ikhwan Afiq bagaimanapun menegaskan pihaknya belum bercadang untuk berbuat demikian.

“Setakat ini kami baru terima maklumat berkaitan usaha ini menerusi program dan siri kempen sejak kelmarin, selain tiada bukti kukuh untuk melaporkannya kepada polis,” katanya.

Berita berkaitan
PRK: Hadi minta ahli UMNO sokong PN bikin Zahid panas
August 29, 2023· Politik
PRK Pulai dan Simpang Jeram: Peratus keluar mengundi tinggi, peluang cerah buat PN
August 24, 2023· Politik
Tiga laporan polis berhubung nama, kad pengenalan diguna pengundi lain
August 12, 2023· Politik
TERKINI: Jumlah peratusan pengundi PRN 6 Negeri masih rendah
August 12, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023 · Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
2 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok