PRN: Mahfuz, Ahmad Said, Mahdzir kalah

August 12, 2023 · Politik

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah dengan majoriti 10,104 undi.

Mengikut data keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mahfuz yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah kalah kepada calon Perikatan Nasional (PN) Muhamad Radhi Mat Din.

Muhamad Radhi yang juga bekas pemain bola sepak Kedah memperoleh 18,936 undi manakala Mahfuz  hanya memperoleh 8,832 undi.

Sementara Pengerusi BN Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said gagal mempertahankan DUN Kijal apabila kalah dengan calon PN, Datuk Razali Idris.

Razali yang juga Ketua Penerangan Bersatu menang dengan 13,172 undi manakala Ahmad hanya mendapat 9,552.

Manakala Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid kalah di DUN Pedu kepada calon PN dari PAS yang juga penyandang kerusi DUN itu, Mohd Radzi Md Amin dengan majoriti 6,373 undi.

Mahdzir hanya memperoleh 8,024 undi manakala Mohd Radzi mendapat 14,397 undi.

Berita berkaitan
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
3 jam lalu· Politik
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
15 jam lalu· Politik
Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu
October 2, 2023· Isu semasa
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023· Politik
Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
October 2, 2023
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
October 2, 2023
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
October 3, 2023
Lagi Politik terkini
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
16 jam lalu · Politik
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
23 jam lalu · Politik
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
October 2, 2023 · Politik
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023 · Politik
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
October 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok