PRN: Kelantan umum cuti peristiwa Ahad ini

August 12, 2023 · Politik

Kerajaan Negeri Kelantan mengisytiharkan cuti peristiwa sempena pilihan raya negeri (PRN), Ahad ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam satu kenyataan memaklumkan perkara itu.

Katanya, pengisytiharan itu bagi memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan serta petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Kerajaan negeri bersetuju untuk mengisytiharkan hari Ahad iaitu 13 Ogos ini sebagai Hari Kelepasan Am (cuti peristiwa) bagi negeri Kelantan,” katanya.

Sabtu, 12 Ogos merupakan hari pengundian bagi PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan serta PRK Parlimen Kuala Terengganu.

Seramai 9,674,456 pengundi layak mengundi di PRN enam negeri tersebut dan seramai 122,160 pengundi bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu.

Bagi PRN di enam negeri itu, katanya sebanyak 3,190 pusat mengundi dan 17,048 tempat mengundi (saluran) akan dibuka untuk tujuan pengundian dan seramai 153,760 petugas akan terlibat bagi proses pengundian itu.

Berita berkaitan
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023· Politik
Seorang pemimpin Melayu DAP kata tak salah Howard Lee petik ayat al-Quran
September 25, 2023· Politik
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
September 23, 2023· Politik
Sokongan orang Melayu kepada kerajaan PH-UMNO berkurangan: Ramasamy
September 22, 2023· Politik
Popular
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
September 26, 2023
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
2 jam lalu · Politik
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
4 jam lalu · Politik
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023 · Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023 · Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
23 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok