PRN Johor: Pejuang tak mahu pencuri tadbir negara, kata Tun M

February 5, 2022 · Politik

Pejuang menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kerana tidak mahu kumpulan yang tidak amanah, rasuah dan mencuri harta rakyat, terus memerintah, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau mengingatkan bahawa kuasa yang diperoleh bukan untuk meraih kekayaan diri dan memuaskan nafsu dunia semata-mata, sebaliknya untuk membebaskan negeri dan negara daripada kumpulan sedemikian.

“Begitu juga dengan penglibatan Pejuang di dalam PRN Johor. Kita bertanding kerana kita tidak mahu kumpulan yang tidak amanah, rasuah dan mencuri harta rakyat mendapat kuasa dan terus melakukan perbuatan yang merosakkan bangsa, agama dan negara.

“Kerana itu perjuangan ini menjadi satu tanggungjawab, satu amanah yang perlu dipikul oleh setiap dari kita yang mempunyai kesedaran,” katanya dalam surat kepada ahli parti itu yang disiarkan dalam Facebook beliau hari ini.

Pengerusi Pejuang itu berasa terkilan kerana pada masa ini beliau tidak dapat bersama untuk menghadapi PRN Johor kerana masih perlu mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), namun mengakui semakin beransur sihat.

“Saya sedar ramai yang berkata mengapa perlu saya ambil peduli dengan soal-soal duniawi dan seharusnya menumpukan kepada perkara-perkara akhirat dan ibadah.

“Bagi saya perjuangan untuk negara tidak pernah ada noktah seperti juga melaksanakan ibadah yang perlu. Perjuangan juga bagi saya satu ibadah malahan satu amanah yang perlu kita pikul selagi hayat dikandung badan.

“Tetapi itu hak masing-masing. Yang Penting niat dan tujuan kita melakukan sesuatu,” katanya.

Berita berkaitan
Idea SG4 yang tepat pada waktu yang tepat
October 15, 2023· Rencana
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
September 21, 2023· Isu semasa
Pejuang tak letak calon enam PRN: Mukhriz
July 22, 2023· Politik
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
June 2, 2023· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
14 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok