Pejuang tak letak calon enam PRN: Mukhriz

July 22, 2023 · Politik

Tiada calon akan diletak Parti Pejuang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) membabitkan enam negeri yang akan berlangsung pada 12 Ogos ini.

Perkara itu disahkan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang berkata mereka akan memfokuskan usaha untuk memperkukuhkan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.

Ditanya sama ada jika diberi peluang bertanding dalam PRN oleh Perikatan Nasional (PN), Mukhriz berkata, untuk tempoh tiga minggu akhir sudah agak terlewat untuk pihaknya mempertimbangkan sebarang tawaran sedemikian.

Mengakui ada usaha bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk Pejuang bertanding, pihaknya masih belum menerima maklum balas rasmi dari PN mengenai perkara itu.

“Lebih baik kami (Pejuang) tumpu kepada memperkukuhkan parti dan kekal berprinsip terhadap perjuangan,” katanya dipetik laporan BH.

Mukhriz berkata, pihaknya sudah memaklumkan kepada Dr Mahathir berhubung Pejuang untuk tidak bertanding dalam PRN akan datang.

“Berundur setapak bukan bererti berundur selamanya, kita akan terus menegakkan prinsip perjuangan parti.

“Kami (Pejuang) bersetuju dengan kenyataan Dr Mahathir bahawa undi Melayu tidak seharusnya dipecahkan,’ katanya.

Tambah beliau, jika ada tawaran saat akhir untuk bertanding dalam PRN, pihaknya dengan rendah diri terpaksa menolaknya.

Mukhriz berkata, keputusan untuk tidak bertanding itu diputuskan di mesyuarat exco Pejuang minggu lalu.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya tidak menghalang jentera parti itu turun padang dan membantu calon parti lain.

“Kami tidak halang, tetapi jangan guna nama Pejuang secara rasmi. Itu hak mereka secara individu, namun tidaklah sehingga mereka naik ke pentas dan berceramah untuk parti lain,” katanya.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Mat Sabu sudah tak tahan dikecam selepas bersama UMNO: Tuan Ibrahim
May 10, 2023
Shafie persoal kenapa Anwar selepas dibebaskan boleh bertanding pilihan raya pula
November 1, 2022
Dulu PH juga kata Azam Baki punca rosak institusi, kata PAS
May 13, 2023
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok