PRN Johor: KPM tak benar sekolah menengah jadi pusat mengundi

February 12, 2022 · Politik

Kementerian Pendidikan (KPM) tidak membenarkan sekolah menengah di Johor dijadikan pusat pembuangan undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kerana tarikh pengundian pada 12 Mac bertembung dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sehubungan itu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata pihaknya akan menghantar surat rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memaklumkan perkara berkenaan dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya tidak mempunyai halangan sekiranya premis sekolah rendah diguna pakai sebagai pusat pengundian dalam PRN Johor.

“Saya dapat maklumat semalam bahawa sekolah menengah di negeri ini mungkin digunakan sebagai pusat mengundi PRN Johor akan datang.

“Kementerian belum terima permohonan secara rasmi daripada SPR dan kita juga sudah membuat ketetapan bahawa kita tidak mahu sekolah menengah digunakan sebagai pusat mengundi.

“Ini bagi memastikan bukan sahaja guru-guru dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada peperiksaan SPM, tetapi lebih utama adalah terhadap pelajar yang akan menduduki peperiksaan tersebut,” katanya hari ini.

Menurut Dr Radzi KPM juga menerima banyak rungutan berhubung perkara itu, terutama daripada guru dan ibu bapa yang mempunyai anak bakal menduduki SPM pada Mac ini.

Katanya, peperiksaan bertulis SPM 2021 akan dijalankan bermula pada 3 Mac sehingga 29 Mac.

Terdahulu, SPR menetapkan 12 Mac sebagai tarikh pengundian bagi PRN Johor manakala tarikh penamaan calon bagi pilihan raya itu ditetapkan pada 26 Februari dan pengundian awal pada 8 Mac.

Berita berkaitan
Mangsa buli sekolah sehingga hilang pendengaran peroleh ganti rugi RM600,000 lebih
October 17, 2023· Isu semasa
Gerakan sokong usaha ajar Hadis 40 di sekolah kepada sekolah agama: Dominic
August 27, 2023· Politik
Logo DAP pada cek sumbangan, Pemuda PN bidas tatakelola kerajaan PH-UMNO
August 24, 2023· Politik
Peratusan keluar mengundi dijangka lebih 85 peratus: SPR
August 11, 2023· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
11 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok