PRN Johor: Enam calon Bersatu bukan Melayu

February 24, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) meletakkan enam calon bukan Melayu yang menganggotai Bersatu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang ditetapkan 12 Mac depan.

Manakala calon bukan Melayu selebihnya adalah dalam kalangan pemimpin parti GERAKAN.

Enam calon berkenaan yang diumumkan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi ialah:

Tan Lek Khang berusia 37 tahun bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N06 Bekok;

Dr Chong Fat Full, 62 tahun – DUN N10 Tangkak;

Ronald Sia Wee Yet, 45 tahun – DUN N23 Penggaram;

Alagenthiran Krishnan, 36 tahun – DUN N27 Layang-Layang;

Kevin Wong Chan Giap, 32 tahun – DUN N28 Mengkibol; dan

Khoo Kong Ek, 61 tahun, – DUN N48 Skudai.

Mereka adalah daripada sayap bukan Bumiputera Bersatu yang dilancarkan parti itu pada November 2020.

Dalam pengumuman hari ini, gabungan itu akan bertanding di semua 56 kerusi yang dipertandingkan pada PRN kali ini.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac 2022 sebagai hari pembuangan undi bagi PRN Johor, manakala hari penamaan calon adalah pada 26 Februari 2022 dan hari mengundi awal pada 8 Mac 2022.

Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRN itu adalah Daftar Pemilih Induk 2021 yang dikemas kini sehingga 21 Januari 2022.

Daftar Pemilih tersebut mengandungi 2,597,742 pengundi yang terdiri daripada 2,574,835 pengundi biasa, 10,955 anggota tentera dan pasangan, 11,576 anggota polis dan pasangan, Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) serta 376 Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Apa khabar vending machine? Fadhli sindir Rafizi
August 25, 2023
Hari ini kita menang, cukai pintu dihapuskan, lesen perniagaan hapus: Azmin
August 2, 2023
Peringatan buat pengundi PRN
August 12, 2023
Tidak wajar pecat-memecat berlaku dalam UMNO, kata Shahidan selepas Tajuddin disingkir
June 25, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok