PRK Pulai dan Simpang Jeram: Peratus keluar mengundi tinggi, peluang cerah buat PN

August 24, 2023 · Politik

Perikatan Nasional (PN) berpeluang cerah untuk mendapat keputusan baik dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Simpang Jeram.

Menurut Timbalan Presiden PAS, Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, parti itu pernah memenangi kerusi DUN Simpang Jeram sebelum ini yang juga dikenali sebagai DUN Sungai Abong.

“DUN Simpang Jeram ini bukan asing bagi PAS. Kita dah menang dua kali sebelum ini dengan nama Sungai Abong.

“Kita dah menang dua kali dan kita yakin pada kali ini juga kita akan meneruskan kejayaan kita insya-Allah,” katanya semasa sidang media selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan raya dan Pengisytiharan Calon Simpang Jeram di Markas PAS Kawasan Bakri.

Beliau juga turut mengulas tentang gelombang PN yang dilihat tidak menonjol dalam Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum Ke-15 bagi negeri Johor sebelum ini.

Menurutnya, dua faktor yang menyebabkan gelombang itu tidak berlaku di Johor kerana tiada pengundi 18 tahun dan peratus keluar mengundi yang rendah pada kedua-dua pilihan raya itu yang hanya sekitar 50 peratus sahaja.

“Dan kita sasar pada kali ini kurang-kurangnya dalam 70 ke 77 peratus keluar mengundi. Dan insya-Allah kita yakin kalau pencapaian kita keluar mengundi seperti nasional baru-baru ni, Insya-Allah kita boleh ukur gelombang PN di Johor,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Justeru, tegas beliau, PRK kali ini sangat penting untuk melihat bagaimana momentum sokongan di seluruh negara turut dirasai di negeri ini.

PRK DUN Simpang Jeram dan Parlimen Pulai diadakan serentak susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK DUN Simpang Jeram dan Parlimen Pulai pada 9 September.

Tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi kedua-dua PRK berkenaan ialah 26 Ogos dan 5 September.

Berita berkaitan
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
4 minit lalu· Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023· Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023· Politik
Jawatan Presiden PAS dan Timbalan berkemungkinan tiada pencabar: Sanusi
September 27, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023 · Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Kerajaan guna isu 3R untuk elak dikritik dan bermotif politik: Dr Mahathir
September 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
3 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok